Sunday, December 21, 2008

Ketuanan melayu dan hak istimewa Melayu

Tuan/Puan,
Sejak kebelakangan ini, terutama setelah 8 March,, Telah hangat di perkatakan dan di pertikaikan mengenai hak Melayu dan istilah pendatang. Yang bercakap buta sejarah. Setelah melayari internet, saya terjumpa beberapa ucapan ketua dan pemimpin kaum India dan Cina mengenai melayu selepas merdeka.
Di sini saya perturunkan untuk tatapan dan analisa bersama:


KETUANAN MELAYU, HAK ISTIMEWA ORANG MELAYU DAN ISTILAH PENDATANG

Tun Tan Siew Sin, Presiden MCA dalam akhbar tempatan bertajuk “Tun Tan Answers Critics on Special Privileges” dalam ucapan pada 30 April 1969.
“The Malays, through UMNO, were generous enough to relax the citizenship laws of this country to such an extent that within 12 months of independence, 90 percent of the non-Malays had become citizens whereas before independence 90 percent were still non-citizens after nearly 100 years of colonial rule in the Malay States. In return for this major concession, the MCA and the MIC agreed to continue the policy of preserving the special position of the Malays while at the same time upholding the legitimate interests of other communities.’’

Terjemahan :
Dalam ucapannya bertajuk Menjawab Kritikan Mengenai Keistimewaan Orang Melayu, yang dilaporkan akhbar pada 30 April 1969, Presiden MCA, Tun Tan Siew Sin berkata Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu telah menjadi warganegara, berbanding keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih bukan diiktirafkan sebagai rakyat setelah hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah di negeri-negeri Melayu. Dan sebagai membalas kemurahan hati Orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa Orang Melayu dan sekali gus mempertahankan kepentingan-kepentingan sah masyarakat kaum lain.
Sumber : Tan Sri Haji Khalid Awang Osman, Malaysia – An Anthology,
Vantage Press, New York, tanpa tarikh, halaman 38-39.

Ucapan YB Tun V.T. Sambanthan, Presiden MIC merangkap Menteri Kerja Raya, Pos dan Telekom di Dewan Rakyat pada 01 Jun 1965.
“Now, in 1955 we won the elections with a great majority. Then we obtained freedom in two years time. During this period, we had to discuss citizenship and various other things. Now, what did the Malays do – since we are speaking on racial lines – what did the Malay leadership do? They had 88 percent of the electorate still with them. What did they do with citizenship?
If we look around in Asia and East Asia, particularly, you will find that my race the Indian race, is not welcomed in Ceylon, is not welcomed in Burma. Look at my brother Chinese race, it is not welcomed in Thailand, in Vietnam, in Cambodia, in all the other areas. What help do they get for citizenship in all these territories? In Burma, as we know, Indians have been send packing, in Ceylon they refused them citizenship and in Burma it is likewise. I know it, you know it. And yet in Malaya what happened? Here, we found that the Malay leadership said, “ We shall take them unto ourselves as brothers, we shall give them full opportunity to live in this country, we shall give them every opportunity to become citizens”. And so, in 1957, for the whole year, we waived language qualifications, and tens of thousands of Indians, Chinese, Ceylonese and others became citizens...
As I said, it has been my great good fortune to have been born in this country. Where else can you find a more charitable, a more polite, a more decent race than the Malay race? Where else can you get such politically decent treatment for any immigrant race? Where else in the history of the world ? I ask you. These are the fects. Who are you to safeguard us? I am 10 percent minority race here. But I am happy here.”

Terjemahan :
Pada 01 Jun 1965, Tun Sambanthan merangkap Menteri Kerja Raya, Pos dan Telekom dalam ucapanya berkata, “Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi selanjutnya mendapat kemerdekaan dua tahun kemudian.

Dalam jangka masa itu kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh Orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman? Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Dan lihat kepada saudara kita kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Dan apakah bantuan berhubung kewarganegaran yang mereka perolehi di semua wilayah tersebut?

Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum india telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf wargenagara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Dan dalam pada itu apa yang sedang berlaku di Malaya?

Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, “ Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka setiap peluang untuk menjadi warganegara. Dan seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu), ribuan orang India , Cina dan Ceylon menjadi warganegara”.

Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh jumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun, dan tertib selain dari Bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.”
Sumber : Tan Sri Haji Khalid Awang Osman, Malaysia – An Anthology,
Vantage Press, New York, tanpa tarikh, halaman 60

Monday, November 24, 2008

PAS – DULU DAN SEKARANG

DULU…
Kata PAS: UMNO menjadi kafir kerana berkerjasama dengan parti-parti kafir seperti MIC dan MCA. “Sesiapa yang reda dengan kufur maka dia menjadi kufur..” (Kuliah Di Marang 1983)

SEKARANG…
PAS berkerjasama dan berpelukan dengan DAP dan calon-calon bukan Islam dalam pilihanraya ke-11 & 12.

DULU…
Kata PAS: “Haram orang Islam memangkah calon yang kafir. Ini kerana Allah mengharamkan melantik orang kafir menjadi pemimpin”.

SEKARANG…
Dalam pilihanraya ke-12 PAS meminta ahli-ahlinya memangkah calon bukan Islam dari parti PKR dan DAP. Bahkan PAS meredai Guan Eng sebagai pemimpin mereka di P.Pinang.

DULU…
PAS kata: “Kerajaan BN adalah kerajaan mungkar kerana membiarkan kilang-kilang arak dan kelab-kelab malam beroperasi”

SEKARANG…
Selepas PAS dan rakan-rakan menang di Selangor, mereka tidak pula membantah kilang-kilang arak yang besar-besar di negeri itu seperti Carsberg di Shah Alam dan Kelab The Ship yang PAS begitu marah pada masa lalu.

DULU…
PAS kata kepada Pak Lah semasa beliau TPM diarahkan mengawal virus JE: “Badawi di arab jaga unta, badawi di Malaysia jaga babi."

SEKARANG…
Kerajaan Selangor dan Kedah yang disertai oleh PAS cuba mengendalikan urusan babi bahkan mencanggihkan ladang babi, tak pulak PAS kata kerajaan mereka ‘kerajaan babi.

DULU…
PAS kata: Tun Dr. Mahathir firaun, thaghut, dosanya tidak terampun, perosak negara, kejam dan berbagai lagi.

SEKARANG…
Bila Tun Dr. Mahathir kritik Pak Lah, PAS puji Tun Dr. Mahathir, ada pemimpin pemuda PAS yang cium tangan Tun Dr. Mahathir semasa dia ceramah di Tmn Melewar. PAS kata: “Tun Dr. Mahathir bijaksana, negarawan terbilang, sangat berjasa, kuat memikirkan kepentingan negara, Malaysia memerlukan orang seperti Tun Dr. Mahathir bukan Pak Lah”.

DULU…
Masa Anwar Ibrahim duduk dalam UMNO, PAS kata: “Anwar munafik, pengkhianat agama, jual agama, berpura-pura…”

SEKARANG…
Bila Anwar kena pecat, PAS kata: “UMNO buang Anwar sebab dia pejuang Islam, dia memerangi rasuah dan itu tandanya UMNO anti-Islam”.

DULU…
Masa Anwar dituduh dengan tuduhan seks, PAS kata: “Dalam Islam tidak boleh tuduh orang dengan tuduhan seks, melainkan kena ada empat orang saksi”. Macam tu juga depa kata semasa Mat Sabu dituduh berkhalwat.

SEKARANG…
Bila PAS ceramah, ramai penceramah PAS tuduh pemimpin UMNO dengan tuduhan seks dan berbagai, PAS kata: “Ini tujuannya untuk menegakkan Islam iaitu Amar Makruf dan Nahi Mungkar..”

DULU…
PAS kata: “Sesiapa yang menolak hudud kerana masyarakat majmuk maka dia menjadi kafir”

SEKARANG…
PAS Kedah yang baru memerintah kata: “Kedah tidak boleh buat macam Kelantan dalam semua benda seperti tutup pusat judi, sebab di Kedah ramai orang bukan Islam, bukan macam Kelantan.

DULU…
PAS kata: “Bersekongkol dengan parti politik yang tidak bepegang dengan dasar Islam jadi sesat atau kufur”.

SEKARANG…
PAS berkawan dan berjihad bersama PKR dan DAP. Bahkan PKR yang memimpin PAS sekarang, sedangkan parti Anwar itu tidak pun menyebut dalam perlembagaannya Islam sebagai dasar, Apatah lagi DAP jelas menentang Islam.

DULU…
PAS kata: “Kerajaan yang tidak berusaha menjalankan hukum hudud adalah kerajaan yang kafir, Quran kata: “Sesiapa yang tidak berhukum dengan hukum Allah, maka mereka adalah orang-orang kafir”.

SEKARANG…
PAS Kedah kata: “Hudud tidak termasuk dalam keutamaan kerajaan PAS Kedah” (Azizan Razak)

DULU…
PAS kata: “UMNO mungkar sebab benarkan pembinaan kuil-kuil yang banyak, terutama Batu Caves”.

SEKARANG…
PAS telah izinkan tokong Buddha tidur yang terbesar di Asia dan patung Anwar terbesar di Batu Caves.

DULU…
PAS kata: UMNO mungkar sebab benarkan geng-geng libaral yang menghina Islam menulis dalam surat khabar seperti Astora Jabat, SIS dan lain-lain.

SEKARANG…
Harakah benarkan Raja Petra yang selalu mempertikaikan Islam menulis dalamnya. Hanya kerana Raja Petra menghentam kerajaan.

DULU…
Amanat Hadi kata: Menentang UMNO adalah jihad dan jika mati adalah syahid sebab UMNO tak pakai undang Islam memerintah.

SEKARANG…
PAS perintah Kelantan dah 18 tahun, Trengganu 4 tahun dan sekarang Kedah, Perak dan Selangor, sekarang kata undang-undang hudud bukan keutamaan PAS. Apakah jika menentang PAS sekarang adalah jihad dan syahid?

DULU…
PAS kata: UMNO tak amanah kerana telah hilangkan banyak duit negara

SEKARANG…
PAS telah lesapkan banyak duit koperasinya sendiri Ko-Hilal. Ahli-ahli koperasi itu semua maklum hal tersebut, wang mereka hilang entah ke mana? Begitu juga wang Pembangunan Komplek PAS di Tanjong Karang


DULU…
PAS kata: “Tidak boleh berkerjasama dengan UMNO sebab UMNO tolak Islam”

SEKARANG…
PAS kerjasama dengan DAP yang selalu dok kata: “Kami menentang negara Islam” (Kit Siang). Bahkan PAS Perak kata: “Kerjasama dalam kerajaan bersama DAP, lebih mulia dari berkerjasama dengan UMNO”.

DULU…
PAS kata: “UMNO tak layak mengaku nak Islam sebab UMNO tidak mempunyai ciri-ciri Islam yang sepatutnya”

SEKARANG…
PAS sekarang berkempen mengwar-warkan bahawa pimpinan tertinggi mereka yang disanjungi di Penang iaitu Lim Guan Eng ingin meniru khalifah Umar bin Abdul Aziz. Apakah iman Guan Eng begitu suci dan sempurna bagi PAS. Mungkin lepas ini PAS akan beritahu bahawa Guan Eng kuat sembahyang tahajud macam khalifah Umar bin Abdul Aziz.

DULU…
PAS kata: “UMNO tidak mahu cegah mungkar masa memerintah”

SEKARANG…
PAS hanya mendiamkan diri dengan berbagai pusat-pusat mungkar yang ada di Perak, Selangor dan Kedah.

DULU…
PAS kata: “Tidak boleh wujudkan jemaah Islam yang lain selain PAS yang merupakan jemaah pertama di Malaya. Mereka yang wujud itu adalah penentang gerakan Islam” (Ketua Dewan Ulama PAS, Harun Taib).

SEKARANG…
PAS meredai kewujudan parti-parti lain seperti PKR, Semangat 46, bahkan berkerjasama dengan begitu erat dengan mereka. Kanapa boleh? Kenapa tak suruh masuk PAS saja?

DULU…
Semasa berkerjasama dengan Parti Semangat 46: PAS memuji-muji Tengku Razali, Rais Yatim dengan pujian yang sakan tentang kebijaksanaan mereka. Bahkan PAS bertakbir dalam majlis mereka.

SEKARANG…
PAS kutuk depa semua dan kata macam-macam. Sedangkan dulu puji sakan dan berlebih-lebihan. Mereka memang asal dari UMNO, adakah PAS lupa? Apakah selepas ini PAS juga akan mengutuk PKR dan DAP jika kerja sama itu gagal?.

DULU…
PAS kata: Tidak boleh berpakat, atau cenderung hati dengan orang kafir yang menentang Islam. Itu boleh batal Islam

SEKARANG…
PAS menerusi PKR berbaik-baik dengan pemimpin HINDRAF yang menentang keistimewaan Islam dalam negara ini. Bahkan PAS kata: “Kita tidak berminat menentang Hindraf, itu hak mereka untuk berdemonstrasi” (Harakah)

DULU…
PAS kata haram menyertai UMNO atau tolong UMNO sebab dasar mereka tak Islam.

SEKARANG…
PAS tak marah pula orang sertai PKR dan DAP, bahkan PAS tolong mereka supaya menang dalam PRU ke-12.

DULU...
PAS amat menentang rasuah dan penyalahgunaan kuasa

SEKARANG...
PAS berdiam diri bila sekutunya menerima 'sedekah' seks dan rasuah.

DULU...
PAS kata ianya berjuang untuk negara Islam

SEKARANG...
PAS hanya mahukan negara kebajikan, bukan negara Islam

Saturday, September 27, 2008

PAS SELANGOR VS PAS TRENGGANU


Berapa orang EXCO PAS yang "memerintah" Selangor? Bagai melukut di tepi gantang!!!!


Abu Bakar kesal kenyataan Khalid

KUALA TERENGGANU –Timbalan Pesuruhjaya Pas Terengganu, Datuk Abu Bakar Chik mencabar Timbalan Pesuruhjaya II Pas Selangor, Khalid Abdul Samad agar mengemukakan bukti ‘perkara tidak betul’ yang dilakukan oleh Pas Terengganu sehingga menyebabkan parti ini kalah pada pilihan raya umum baru-baru ini.

Sambil menyifatkan dakwaan itu sebagai tidak berasas, Abu Bakar kesal kerana kenyataan Khalid mengenai Pas Terengganu sepertidisiarkan menerusi satu laman web baru-baru ini dilihat seolah-olah bersifat sombong.
“Kita sedia dengar kalau tak betul, kita sedia perbaiki.. Kita terima hakikat kemenangan Pas di negeri lain, namun kita tengoklah bagaimana nak pertahankan kemenangan itu pada pilihan raya umum akan datang,” katanya.

Dalam laporan itu, Khalid dipetik sebagai berkata, walaupun Pas Selangor lebih lemah, tetapi berjaya membentuk kerajaan di negeri itu dan meminta Pas Terengganu memikirkan strategi atau kaedah tertentu untuk menerajui Terengganu kelak.

Sinar harian - 28/09/08


Merujuk kepada berita di sinar harian, terfikir juga saya bahawa dalam parti PAS ini telah ujud bermacam-macam situasi yang bergolak. Akhir-akhir ini banyak di sebutkan bahawa UMNO sedang bergolak hebat, tetapi rupanya PAS lagi hebat bergolaknya. Ni perang antara negeri negeri. Bukan alang-alang bergolak, dh nak sampai jadi perang saudara.

Apa yang kita lihat, PAS Selangor makin sombong kerana dapat menjadi kerajaan walaupun HANYA ADA 8 KERUSI!, Dengan 8 kerusi tersebut mereka mendabik dada mengatakan mereka telah menang. ini lah mentaliti PAS, jenis tidak sedar diri, kerana dengan 8 kerusi, dapat memerintah tapi tidak ada kuasa. Semuanya di tentukan oleh orang lain. PAS apa yang ada, dah la kerusi sikit, kuasa pun tak ada. Pesuruhjayanya yang jadi exco sedang pening kepala, kerana walaupun dalam bidang dan di bawah tadbiran exco beliau, kerja tersebut di serahkan MB pada orang PKR, jadi PAS hanyalah menumpang. Kadang=kadang menjadi seperti MELUKUT DI TEPI GANTANG, TIDAK DI PERDULIKAN OLEH PKR DAN DAP. Oleh itu, pemerintahan hanya pada nama, tapi bukan hakikatnya, sama saja dengan PAS Trengganu yang kalah tu.

dari perengggan terakhir tu, kita nampak, PAS Trengganu tidak yakin PAS Selangor akan dapat mempertahankan kemenanganya di Selangor( betul ker PAS Selangor menang? ). betul lah apa yang di katakan oleh Pesuruhjaya PAS Trengganu tu, sebab kerajaan PR ini telah nampak busuk tembelangnya.
Berbagai janji yang tidak tertunai, pengkhianatan mereka pada umat Melayu dan Islam, Kerajaan Selangor ini di lihat terpesong jauh dari menifesto mereka. Ini membangkitkan kemarahan umat Melayu Islam dan menanti masa membalas penkhianatan mereka melalui undi dalam PRU 13 nanti.
PAS yang jadi boneka tidak akan dapat memberikan kebajikan pada rakyat, malah mengkhianati mereka dengan meruntuhkan hak Melayu. Keyakinan rakyat pada mereka telah luntur, Rakyat ingat ini dan akan memberikan pembalasan pada mereka.

Thursday, September 25, 2008

"SEDEKAH" MELALUI KACAMATA PAKATAN RAKYAT



Anggota Majlis Daerah Perak Tengah, Zul Hassan, menyamakan habuan seks dengan sedekah setelah mendakwa dirinya diperangkap oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) melakukan perbuatan itu dengan seorang wanita dari China,
Zul, seorang anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR), membuat kenyataan itu selepas mengadakan pertemuan dengan Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) untuk meminta jabatan itu menyiasat dan mengambil tindakan terhadap orang tertentu yang kononnya telah memfitnah, menghina dan menganiaya beliau kerana mendakwa dia terlibat dalam skandal seks membabitkan wanita dari China itu.

Ulasan:
heran juga yer, bila membuat maksiat, tidak fikir dosa dan pahala, bila kena tangkap dan dakwa, orang lain pulak di tuduh membuat kospirasi memerangkap beliau.
Sepatutnya. kalau beliau tahu itu haram dan salah, jangan terima "sedekah" tu.
Tahniah pada MB Perak dan kerajaan Pakatan Rakyat Perak, kerana dapat melahirkan ahli majlis yang begitu menghargai "sedekah" . Rasanya la, kerajaan Pakatan Rakyat Perak ni lebih islamik kot, setelah MB nya membuang slogan membangun bersama Islam untuk pangkat dan kuasa. Ish, ish, Dunia, dunia.
Satu lagi mercu tanda pakatan rakyat di Malaysia

KEJAYAAN KERAJAAN PAKATAN RAKYAT PERAK

Kejayaan Kerajaan Boneka DAP Perak dalam tempoh 6 bulan menjajah Perak

1. Memberi hakmilik tanah selama 999 tahun kepada penyokong pro-DAP tetapi
hanya hakmilik 99 tahun kepada bangsa Melayu.
2. Mengubah dasar pengambilan pekerja bagi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
Perak. Kouta baru bagi pengambilan pekerja bagi SPA ialah dengan nisbah 5 Cina,
3 India dan hanya 1 Melayu. Tak lama lagi, ramailah anak jati Melayu Perak yang
akan menganggur kerana polisi pro-DAP kafir harbi ini.
3. Penghinaan kepada Mufti Perak dengan menghapuskan tarafnya yang setara
dengan exco kerajaan negeri Perak. Ini bagi memastikan mufti tidak ada hak untuk
bersuara bagi membela nasib agama Islam.
4. Pengubahan polisi Pelan Susunatur Perumahan yang tidak memberi keistimewaan
langsung kepada agama Islam yang mewajibka rezab Masjid/Surau mesti
disediakan oleh pemaju perumahan.
5. Tanah yang berharga ratusan juta ringgit diberikan secara percuma kepada
sekolah persendirian cina supaya mereka dapat menubuhkan syarikat untuk
kormesialkan tanah tersebut untuk tujuan keuntungan.
6. Menidakkan hak orang Melayu dengan melantik penyokong DAP kafir harbi
sebagai Pengerusi Penjawatan Dewan Bandaraya Ipoh. Ini bagi memastikan lebih
ramai bukan Melayu pro DAP kafir harbi mendapat tempat.
7. Mengarahkan borang permohonan tanah dicetak dalam bahasa cina dan tamil bagi
memudahkan mereka yang tidak tahu berbahasa Melayu untuk memohon. Jikalau
sudah berpuluh tahun tinggal di Malaysia tapi masih tidak tahu bahasa Melayu
adakah mereka ini (penyokong pro DAP kafir harbi) boleh dianggap rakyat
Malaysia dan layak memohon tanah?

- Kouta Bumiputera dalam permohonan pembalakan dihapuskan bagi memastikan
hasil bumi Perak dapat diratah dengan rakusnya oleh penyokong pro-DAP kafir
harbi.
- Mewujudkan jawatan Pengerusi Jabatan bukan Islam supaya setaraf dengan
jawatan mufti Perak. Ini bertujuan untuk menyamatarafkan agama Islam dan
agama lain di Perak

Wednesday, September 17, 2008

analisa 16 sept

" Hampir kesemua yang melayari laman TKO ini pasti mencela barangsiapa yang cuba menongkah arus 16 september yang sudah berlalu . Bagi mereka tidak perlu menggunakan akal fikiran bahkan cukup dengan mengangguk setuju dan mengiyakan walaupun di dalam benak hati masih terdapat sekelumit keraguan apakah ianya akan berlaku ? Bahkan lebih teruk dari itu sekiranya ada sesiapa yang cuba mengatakan 16 september itu mungkin tidak berlaku maka bertubi-tubilah tohmahan dilontarkan sama ada pencacai UMNO / talibarut dsbnya . Tiba-tiba semua mematikan kewajaran dan akal yang dikurniakan Allah untuk berfikir dan berkata . Bagi semua Anwar adalah penyelamat buat rakyat malaysia .. tanpa Anwar maka tiadalah lagi harapan dan kesejahteraan . Sekali lagi misi perjuangan diarahkan kepada individu .
Saya selama ini menahan diri untuk menulis ttg 16 september sehinggalah ianya berlalu menjadi 17 / 18 atau seterusnya . Nah dan sekarang ianya telah berlalu . Kalau dahulu ianya dikatakan memang , sahih , betul akan berlaku dan cuti pun sudah diumumkan namun bila tiba di garisan ianya mungkin 30 sept mungkin dan mungkin tapi pastinya dalam masa terdekat . Semoga ianya berlaku ..
30 MP
Berikut ialah rentetan 30 MP yang sejak dari mula dicangankan sudah setuju bersama PR .
Aug 29, 08
Anwar, kini ahli parlimen baru Permatang Pauh, menyatakan kemenangannya Selasa lepas akan mempercepatkan lagi usahanya mendapatkan lebih 30 wakil-wakil rakyat BN dalam perjalanannya menuju Putrajaya.
Sep 3, 08
"Tiba 16 September ini, kita akan tunjukkan siapakah yang sebenarnya bermimpi atau bercakap besar."
Dengan penuh yakin, Ketua PKR Sarawak, Dominique Ng memberitahu sidang akhbar di Kuching bahawa Pakatan Rakyat kini menjangka lebih 40 ahli parlimen akan melompat dari Barisan Nasional (BN).
Sep 6,08
“Saya tetap pada target saya, 16 September menjadi waktu untuk mengistirahatkan Badawi. Untuk itu, saya rileks sebentar sehari lompat ke Jakarta, berdiskusi dan bertemu dengan sahabat-sahabat saya di Indonesia,” kata Anwar mengawali pidatonya dalam silaturahmi dengan ICMI di Menara Bank Mega, Jakarta,

Sep 10, 08
Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau mungkin terpaksa melanjutkan tarikh 16 September untuk ahli parlimen Barisan Nasional (BN) menyertai Pakatan Rakyat.
"Kita pasti mempunyai jumlah (ahli parlimen) yang mencukupi, tetapi kita perlu menunggu kerana mereka kini berada di Taiwan," kata Anwar dalam laporan akhbar the Star.
Sep 12, 08 2:57pm
Kumpulan lima orang pemimpin PKR berlepas ke Taiwan jam 2 petang tadi dalam misi untuk menemui ahli-ahli Parlimen BN yang sebelum ini dikatakan bersetuju untuk menyertai Pakatan Rakyat bagi membolehkan kerajaan baru ditubuhkan.
Sep 16, 08
Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan lebih daripada 31 ahli parlimen Barisan Nasional telah menyertai Pakatan Rakyat dan menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi supaya tidak menguatkuasakan undang-undang darurat untuk menghalang peralihan kuasa.
Apa yang paling menarik adalah peristiwa kejar-mengejar 49 dikejar 5 . Yang 5 mengatakan dah cukup MP tapi masih mengejar . Yang dikejar mengatakan tak mahu tapi masih berlari . Alahai ahli parlimen . Teruk lagi adalah pegikut – pengikut . Ulasan MSO terhadap isu ini amat mencuit hati :
Sikap tidak berapa cerdik dan segar itu bukan saja terbatas kepada ahli Parlimen BN saja, tetapi ia turut berjangkit kepada ahli Parlimen pembangkang PKR bila mana lima orang daripada mereka turut sama terbang ke Taipei. Kononnya mereka pergi untuk mengejar ahli Parlimen BN yang dibawa lari itu.
Apakah perlunya melakukan kerja kejar mengejar itu? Kalaulah sungguh ada di kalangan 49 orang ahli Palimen BN itu yang ingin bersama Pakatan Rakyat tidak payah dikejar-kejar. Lagak ahli ahli Parlimen PKR itu tak ubah macam itik nila nak sanggama terpaksa kejar hingga terkoyak bulu baru dapat 'bergomol'.
Kalaulah demikian attitude ahli Parlimen kita macam manalah mereka boleh menyumbangkan pemikiran, akhlak dan budi pekerti baik kepada bangsa dan negara. Sepatutnya kejadian kebudak-budakan atau perangai itik nila itu tidak perlu berlaku. Dan kalau kedua pihak nak buat gimik dan reka cerita pun biarlah yang tersaul dek akal jangan sampai menyerlahkan kebodohan dan kepandiran kita. MSO
SECARA AMAN
"Kami mahu peralihan kuasa secara aman. Kami berharap Barisan tidak menguatkuasa undang-undang darurat untuk menyekat ahli-ahli parlimen pergi ke Dewan Rakyat atau menahan ahli-ahli parlimen (kerajaan) atau menghalang mereka daripada menyertai Pakatan Rakyat," katanya.
Ingin melakukan peralihan secara aman . Kalau secara aman mengapa dahulu Anwar begitu heboh mewarwarkan 16 september dan 30 MP ? .. Seolah-olah memaklumkan kepada musuh kemudian mengharapkan ianya diperolehi secara aman dan damai . Apakah yang ditunngu lagi oleh Anwar sekiranya bilangan MP sudah mengcukupi . Tidak bolehkah mereka ini bersama-sama di dalam sidang parlimen nanti menyokong usul undi tidak percaya atau menzahirkan sifat mulia terpuji yang selama ini terbenam di benak sanubari mereka . Ketika itu rakyat semua dapat menyaksikannya . Mengapa perlu berkokok bak ayam betina walhasil apa-apa yang dicangankan tidak menjelma . Mengapa tidak boleh berdiam diri . Atau ini sebenarnya cubaan Anwar sendiri untuk mengundang kacau bilau dimana ketika itu sudah tentu rakyat akan bangkit laksana rakyat indonesia yang berkubu di ibu negara sehingga berjaya meruntuhkan kekebalan Suharto yang tidak mampu ditundukkan oleh ahli parlimen .
"Jika perdana menteri menolak sekarang, kita akan memberi sedikit ruang kerana beliau ada masalah parti, kita beri ruang untuk kepentingan nasional," katanya.
Apa lagi ruang yang hendak diberikan . Kalau musuh sudah tak berdaya .. apa lagi ruang yang hendak diberikan oleh Anwar kepada Abdullah . Adakah ruang untuk menggunakan ISA ke atas dirinya yang mana kemudiannya akan membangkitkan kemarahan rakyat ?
KELIRU
Ketika ditanya mengapa enggan memberikan nama-nama ahli parlimen BN yang menteri Pakatan, Anwar berkata, jika nama tersebut diberikan, mereka akan ditahan serta merta.
Beliau berkata, nama-nama ahli parlimen BN yang menyertai Pakatan akan diberikan dalam pertemuan dengan perdana menteri.
Anwar takut MP yang disenaraikan olehnya akan ditangkap serta merta selepas diumumkan olehnya tapi dalam masa yang sama anwar hendak memberikan nama-nama MP tadi kepada Abdullah dalam pertemuannya dengan Abdullah . Taknak umum tapi serahkan kepada ketua seteru ... ?? dimanakah logiknya
Yang lebih menghairankan . akan ada pengikut setia yang menidakkan dengan hanya ungkapan .. UMNO .. ha ha ha . Setakat itu saja akal pemikiran masa ini . Adakah elok kalau mereka dapat terangkan mengapa perlu seperti di atas .
Katakan cukup tapi masih terkejar-kejar ..
Katakan nak umum tapi masih sembunyi-sembunyi ...
Katakan nak tamatkan riwayat UMNO tapi masih nak bagi peluang ...
Katakan nak berubah tapi masih takut dilambung ombak ...
Katakan nak cuti tapi akhirnya tak ada pula cutinya ..

Dr laman Tranungkite

Rasanya kita dah nampak helah dan pembohongan Anwar, cuma yg jumud dan tidak menggunakan akal fikiran kurniaan tuhan jer yg mengakuinya. Oleh itu, pakai akal, guna fikiran, timbang dengan hati, adili dengan budi, terserlahlah kebenaran.
Kena rasional, kena muhasabah, mana satu yg berjuang untuk rakyat, mana satu untuk kepentingan dan cita-cita peribadi.

Sekian, wassalam

Monday, September 8, 2008

DEFINISI PEMBAZIRAN BAGI MB SELANGOR

KLANG 6 Sept. – Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mempertahankan tindakannya tidak turun padang untuk meninjau keadaan mangsa ribut di beberapa kampung di sini dengan menganggap perbuatan tersebut sebagai membuang masa dan membazir wang.

"Saya ada wakil rakyat dan Exco yang mengendalikan bantuan untuk mangsa dan saya sentiasa berhubung dengan mereka. Jadi, tidak perlu saya turun padang kerana ia membazirkan masa saya.
"Jika saya datang melawat, saya terpaksa membawa bersama 15 hingga 20 orang saya dan ini akan melibatkan kos kewangan," katanya ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan bantuan bencana kepada mangsa ribut di sini hari ini.

UTUSAN MALAYSIA ; 7 SEPTEMBER 2008.


Assalammualaikum,
Terlebih dahului saya ingin mengucapkan takziah kepada mangsa rebut di Klang. Sentiasa lah bersabar dalam menghadapi dugaan tuhan. Saya sebagai rakyat Selangor amat kesal dengan kenyataan MB Selangor seperti di atas.

Sejak menjadi menteri Besar ini, MB Selangor dari PR ini semakin angkuh dan bongkak. Kalau tak angkuh dan bongkak, masakan melawat rakyat yang di timpa musibah di katakana membazir masa dan wang? Adakah melawat rakyat yang malang itu membazir masa dan kalau membazir masa, ke arah manakah masa yang tidak di bazirkan itu di gunakan? Sedangkan melawat rakyat yang mendapat musibah adalah membazir masa dan tenaga, apalah agaknya yang di katakan oleh beliau jika melawat rakyat yang tidak di timpa sebarang mala petaka, lagilah membazir masa, tenaga dan wang ringgit. Tahulah kita, bahawa rakyat Selangor ini hanyalah sampah kepada YAB Menteri Besar Selangor itu khasnya dan Kerajaan PR umumnya. Jika kita di hargai, tentunya melawat rakyat di anggap satu yang berfaedah, bukan membazir masa.

Lagi satu kemuskilan saya, kenapa kalau MB turun, beliau terpaksa membawa 15 -20 orang untuk mengiringinya? Tak kan melawat org sakit dan kecemasan tersebut kena ada rombongan?
Tak boleh ke melawat dengan 2, 3 orang saja? Mestinya MB, kalau berjalan, kena ada 15 – 20 orang yang mengikutinya? Ish, nampaknya terlalu banyak apek Lempang (pinjam perkataan lumrah politik) yang kena ikut MB turun padang. Kalau turun, mesti kena hulur agaknya, tu yang melibatkan kos yang tinggi.

Jadi sebagai orang korporat, setiap sen akan di kira. Jika tidak memberikan pulangan ringgit dan sen, ianya adalah satu pembaziran. Biarlah rakyat sengsara dan derita akibat bencana alam, kalau turun padang, kena hulur, dah rugikan, betul tak YAB MB? Tu kira membazir sebab tak ada pulangan ringgit dan sen. Rakyat tadi tidak akan memberikan pulangan pada beliau.

Sedarlah, rupanya kita rakyat ini hanyalah barangan komoditi bagi YAB MB. Jika tidak ada keuntungan ringgit dan sen kepada beliau, adalah membazir datang dan melawat kita. Membuang tenaga, masa dan kewangan, KESIAN RAKYAT SELANGOR.!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Monday, August 25, 2008

Doa yang dibacakan selepas solat Maghrib itu antara lain berbunyi: ‘‘Ya Allah... musnahkan Mohd. Saiful... (Tan Sri) Musa Hassan... (Tan Sri) Gani Patail... (Datuk Seri) Najib...”

Bacaan doa tersebut dipimpin oleh Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Badrul Amin yang bergema kuat melalui pembesar suara ke kawasan perumahan di sekitar masjid itu.

UTUSAN MALAYSIA, 26.08.08


Tersentak saya membaca berita tersebut, betul dan benarkah seorang yang di katakan alim, seorang yang di katakan ulama, bijak pandai dalam agama boleh berdoa sedemikian? Kita sudah di ajar dari kecil supaya jangan berbuat jahat kepada orang lain, jangan menyakiti orang lain, jangan buruk sangka dan jangan memfitnah sesama manusia. Itulah ajaran guru atau ustaz dalam memupuk nilai-nilai murni. tetapi pada hari ini, dalam semua orang memperkatakan gejala sosial, keruntuhan moral anak-anak remaja, orang yang pandai menyalahkan orang lain atas semua kesalahan dan kegawatan yang terjadi, menunjukkan contoh yang tidak baik bagi remaja dan anak-anak kita. Lebih malang lagi, segala doa tersebut di sambut dengan laungan takbir, seperti mempersendakan laungan suci tersebut.

Semua ini berpunca kepada sikap taksub melulu kepada sesama manusia, kerana pada mereka, individu pemimpin mereka itu adalah orang yang maksum dan tidak akan ada secebis pun dosa. Mereka sanggup mendoakan sesama islam binasa, sedangkan pada masa yang sama, bersaudara dengan bukan Islam yang menentang Islam. Tidakkah mereka terfikir, kalaulah yang mereka doakan itu berada di pehak yang benar, apakah yang akan terjadi? Tidak takutkah mereka doa tersebut di balikkan oleh ALLAH kepada yang berdoa itu.

Pada saya, mereka ini telah hilang nur kebaikan dalam hati mereka, tiada lagi kasihan dan sifat baik sangka dalam hati mereka. Yang ada dalam hati mereka hanyalah kebencian dan api permusuhan yang di tiup oleh syaitan. Pada mereka , yang menentang pemimpin mereka adalah orang yang bersalah dan berdosa dan patut di binasakan. Begitulah ketaksuban mereka sesama manusia. Mereka fikir hanya mereka yang baik, alim dan beriman. Kita tidak tahu siapakah yang lebih mulia di sisi ALLAH, mungkin kita dan mungkin mereka yang kita laknatkan tersebut, mungkin.

Tidakkah mereka terfikir, andainya yang mereka doakan itu berada di pihak yang benar, mereka adalah terinaya, dan mereka turut beerdoa untuk ALLAH membantu mereka menunjukkan kebenaran, dan pada masa ini, doa mereka adalah terus kepada ALLAH, tiada hijab.

Oleh itu, baliklah kita kepada asas agama, jangan terlalu taksub kepada sesama manusia atau parti politik. Taksub melulu akan membutakan mata dan hati. Jangan sampai kita menjadi insan yang di laknat ALLAH kerana tindakan dangkal kita, memfitnah orang yang kita tidak tahu salah atau benar. Urusan itu, biar ALLAH yang menentukannya..............


Sekian

Thursday, August 21, 2008

BILA BATANG HIDUNG TERKENA

"Tuduhan rasuah, satu cubaan rampas kuasa kerajaan Pakatan Rakyat Perak
Oleh Wan Nordin Wan Yaacob

PERMATANG PAUH, 21 Ogos (Hrkh) - Tindakan pihak tertentu yang memerangkap dua Exco Kerajaan Negeri Perak yang didakwa kononya antara suspek rasuah dan seks sebenarnya bermotif merampas kuasa kerajaan negeri Perak sekarang dan memburukan imej Pakatan Rakyat ketika pilihan raya kecil Permatang Pauh.

Tuduhan Badan Pencegah Rasuah terhadap kedua exco ini kononnya terlibat satu projek perumahan di Seri Iskandar, Perak adalah tidak benar, kata Ketua Penerangan KeADILan, Tian Chua dalam satu sidang medianya di Yayasan Aman pagi tadi.
Ujarnya perkara ini berlaku semasa Kapten Usaili Alias bersama dengan Osman Mohd Jailu sedang minum di sebuah gerai, mereka ditegur sapa oleh dua orang tidak dikenali.

Lalu dua orang bersebut meninggalkan beg dan beredar dan pegawai BPR tiba-tiba muncul sebaik sahaja mereka memegang beg berkenaan yang ditinggal itu, katanya.

Beg tersebut dikatakan mengandungi RM100,000, dakwanya. Setakad ini, BPR telah menahan Exco, Jamaludin Mohd Radzi dan Osman Mohd Jailu, seorang Ahli Majlis Daerah Perak Tengah, seorang Juruteknik Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP), dan seorang peniaga.

"Inilah sebenarnya kita minta BPR dilapor terus dibawah Parlimen" jelas Tian Chua.
Dalam sidang media itu juga tuduhan tawaran seks ke atas dua exco juga dinafikan, bahawa dakwaan tersebut adalah bukan tuduhan sebenar bertujuan untuk memburukkan imej sementara sumber yang diterima adalah tidak sahih.
Sementara itu semalam, Menteri Besar Perak, Dato' Seri Ir Mohd Nizar Jamaluddin turut menyatakan bahawa tidakan tersebut adalah konspirasi politik untuk merampas kuasa kerajaan Perak pada 31 Ogos.
Menteri Besar turut yakin bahawa kedua-dua exco berkenaan tidak terlibat kerana projek bernilai RM180juta yang dimaksudkan tidak pernah wujud.
Dua exco berkenaan juga tidak bertanggungjawab dalam protfolio yang berkaitan.
Sementara Timbalan Presiden Keadilan, Dr Syed Husin Ali menjelaskan bahawa tangkapan itu berbaur politik di saat-saat pilihan raya kecil yang sedang berlangsung di Permatang Pauh.

Ujarnya, BPR tidak konsisten dalam menangani kes-kes rasuah dan penyelewengan justeru Syed Husin meminta BPR tegas dan profesional dalam menangani kes rasuah yang melibatkan pemimpin Barisan Nasional. _ HARAKAH DAILY

Saya memang tersenyum lebar bila membaca berita ini. Tersenyum lebar kerana teringat anak saya yang darjah dua yang berkelakuan seperti ini. Bila buat salah, dia akan membuat cerita yang dapat menyokong perbuatannya agar tidak nampak salah dan orang dapat mempercayainya. Kadang-kadang juga dia akan menyatakan kawan-kawannya juga membuat itu dan ini, jadi dia yang nampak salah.
Oleh itu, sudah-sudah la tu TIAN CHUA, IR NIZAR DAN DR SYED HUSIN ALI, hentikan la cerita cerita karut tu.kamu semua tu dah dewasa, bukan macam anak saya yang darjah dua tu, atau memang pemikiran kamu berdua sama saja dengan budak darjah dua?
Rakyat dpat menilai, dapat melihat, tidak perlu buat roadshow menjaja cerita karut seperti itu.
Terima hakikat, siapa saja yang buat salah, kalau tertangkap, maka akan di dakwa mengikut undang-undang. Jangan la kalau orang lain buat salah, kamu terus kata mereka salah, kalau kawan kamu, kamu akan bela dengan cerita karut marut. Mereka pun bukan malaikat yang tidak tergoda dengan wang dan perempuan? Mereka juga tidak maksum sampai tidak melakukan apa-apa kesilapan.
Cuma yang saya nampak, kalau parti pemerintah kena tangkap, mereka memang perasuah, tapi kalau pembangkang yang kena, mereka di aniaya, ada konspirasi. ITULAH MENTALITI PEMIMPIN PEMBANGKANG, MENTALITI BUDAK DARJAH DUA.

Sunday, August 17, 2008

Dah kawin tapi kena duduk kt serambi

PAS Pulau Pinang kecewa dengan sikap kerajaan Pakatan Rakyat di negeri itu yang didakwa telah meminggirkan parti itu di negeri berkenaan.

"Kita sudah lama hendak jumpa mereka tetapi sehingga hari ini belum dipanggil lagi.

"Oleh itu, PAS Pulau Pinang seolah-olah duduk di atas beranda sahaja. Panggillah kita duduk di atas kerusi," kata wakil Pulau Pinang, Mohd Pahwi Wahab, ketika membahaskan ucapan dasar presiden di muktamar PAS ke-54 di Stadium Indera Mulia, Ipoh hari ini.


Muda Mohd Noor Aug 16, 08 5:19pm (Malaysia Kini)

Terfikir gak saya, kesian PAS, dah kawin, tapi isteri yang satu jer dapat layanan baik dan jadi mem, satu lagi jadi isteri tempelan, kena duduk kt serambi jer, tak dapat bilik.
Kalau macam ni, susah la yer, nak tukar baju, nak mandi kena ketuk pintu nak masuk rumah, tido kena hurung nyamuk, hatta makan pun, kalau mem tak ajak, lapar la isteri ni kat luar.

Ish,Ish, kesian yer nasib PAS jadi isteri tak dapat sama taraf dan tak dapat layanan

Saturday, August 16, 2008

Mat jenin

Semalam Tuan Hj. Hadi Awang kata, beliau tak nak jadi Mat Jenin, belum apa-apa, dah pasang angan-angan untuk jadi perdana Menteri. Saya tesenyum lebar mendengarnya.

Rasanya ucapan itu di tujukan kepada DS Anwar Ibrahim yang memasang angan-angan melangkah ke Putrajaya sebagai PM. Belum pun jadi ahli parlimen, tetapi war-war nya sebagai "PM in waiting" telah di jaja, keserata pelusuk dunia.

Dalam cerita Mat Jenin, dalam angan-angan tersebut, beliau menjadi kaya raya dan menjadi menantu raja. Malangnya, bila dah terlalu berkhayal, beliau terlepas pautan pada pokok dan jatuh lalu mati.

Rasanya begitu juga dengan Anwar Ibrahim, belum jadi ahli parlimen, dah pasang angan-angan menjadi PM, ada kekuasaan, ada kroni, ada 'god farher'.Saya melihat kesudahanya adalah sama dengan cerita Mat jenin. Bila dah terlalu berangan-angan, berkhayal lalu tidak sedar di mana duduknya kita, terlepas pautan dan jatuh lalu mati.

Oleh itu, Hj Hadi sedar, angan-angan tidak menguntungkan, malah membahayakan nyawa, tetapi tidak Anwar..... Mat jenin alaf baru.

BERANI KERANA BENAR

Sejak kecil kita selalu di ingatkan dengan pepatah melayu, Berani kerana benar, takut kerana salah. Anak Melayu harus berani berhadapan dengan kenyataan, kalau salah, mengaku salah, bukan berselindung dengan seribu alasan.

Andaikata kita benar, sebut saja di mana untuk bersemuka, berjumpa dan bersumpah, kerana kebenaran, kita akan turun dan membuktikan kita benar. Anak Jantan tidak takut dengan provokasi, tidak mencari alasan yang kawan-kawan cakap jangan bersumpah.

Ini maruah kita, jangan cemarkan maruah kita jika kita di pehak yang benar. jika kita benar, terianaya, di fitnah, di perlekeh, di konspirasikan, siapkan gelanggang, kita turun untuk buktikan kita di pehak yang benar.

Tapi kalau kita salah, kita akan cari seribu alasan. Kita kan kata itu dan ini, seperti tidak menepati syariat lah, hanya untuk perkelahian suami isteri lah, tunjuk 4 saksi lah, Ulama luar menasihati jangan bersumpah lah, dan macam-macam lah lagi di utarakan.

Kita takut kerana kita salah, kita takut kerana kita tahu akibat sumpah atas nama Allah. Kita menikus kerana kita telah besalahhhhh.

Ayuh, DS Anwar, bersumpahlah secara Islam, Buktikan kamu benar, kamu di fitnah, kamu di konspirasikan, Supaya terlerai segala kekusutan, kami rakyat hendak melihat penyelesaian ...................

DOSA PR PADA UMAT MELAYU

Baru 5 bulan memerintah 5 negeri, telah banyak kesalahan dan dosa yang pakatan rakyat lakukan pada umat melayu. Ini baru 5 bulan, andainya sampai 5 tahun, entah berapa banyak lagi timbunan dosa mereka pada umat melayu, boleh jadi membukit atau menggunung.

Sebaik saja memerintah, kerajaan PR mengumumkan penghapusan DEB, satu dosa besar yang membunuh secara perlahan umat melayu. Pertama di Pulau Pinang, kemudian di Selangor. Tidak cukup dengan itu, rakyat Selangor di hadiahkan pula ternakan Babi secara besar-besaran.

Di Perak, Melayu hanya di berikan pajakan tanah 99 tahun, tetapi Cina mendapat 999 tahun, Bila di tanya kepada Menteri Besarnya, bila PR akan menjalankan system pemerintahan Islam , MB dengan nada amarahnya memberitahu bahawa membuat kebajikan itu adalah satu konsep Islam. Kalau begitu, BN telah lama menjalankan perkara tersebut. Semua rakyat dapat subsidi, bukankah itu kebajikan????

Yang terkini, satu dosa paling besar, bila MB Selangor ingin membuka UITM sebanyak 10% kepada bukan bumiputra, iaitu kira-kira 22,000 orang satu sessi. Ini adalah dosa yang yang melayu tidak mampu maafkan . Kenapa harus MB menjadi lidah DAP?? Kenapa Institusi Melayu itu harus di gadaikan kerana politik murahan PR?

Banyak lagi yang saya tidak dapat senaraikan di sini, tapi semuanya dosa itu amat besar pada Melayu, tidak mungkin dapat di ampunkan oleh keturunan melayu masa kini dan akan datang

Andaikata satu hari nanti, cucu cicit kita bertanya, kenapa Melayu hanya tinggal nama dan tercatat keistimewaan mereka hanya dalam perlembagaan sahaja, tercatatlah sejarah, melayu itu dulu kuat, ada kerajaan besar menggantikan Melaka di Putrajaya, tetapi ia musnah oleh pengkhianat ( di pinjam dari ungkapan YB Ibrahim Ali ) Melayu yang namanya Khalid Ibrahim dan Anwar Ibrahim, bukan adik beradik, tapi sama-sama darah pengkihianat dan penderhaka mengalir dalam diri mereka.

Saturday, August 2, 2008

Hala Tuju Perjuangan PAS kini.

KUALA LUMPUR 31 Julai – Pas hari ini membuat keputusan menolak sebarang kerjasama dengan UMNO dan Barisan Nasional (BN) untuk membentuk kerajaan campuran sama ada di peringkat Pusat atau negeri.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, bagaimanapun rancangan Pas untuk mengadakan pertemuan dengan semua pihak termasuk UMNO demi kepentingan negara dan ummah akan tetap diteruskan.
Menurutnya, Pas juga tetap berpendirian untuk kekal berada di dalam pakatan pembangkang dengan memainkan peranan yang lebih aktif dan positif selaras matlamat perjuangan untuk menukar kerajaan sedia ada.

Sumber : Utusan Malaysia - 01/08/08


Saya terpanggil untuk memberikan komen terhadap kenyataan President PAS, Dato Seri Hj. Abd Hadi bin Awang, seperti di atas.
Rupanya sejak menang 5 buah negeri selepas pilihanraya yang lalu, matlamat perjuangan PAS telah bertukar sama sekali, telah kona 180 darjah. PAS hari ini selepas membentuk pakatan untuk menjadi pembangkang, membentuk Pakatan Rakyat bersama DAP dan PKR, telah menukar hala tuju dan matlamat perjuangan dari memperjuangkan Islam, menegakkan negara Islam, menjalankan undang-undang Islam dan Membangun bersama Islam telah bertukar kepada hanya 'MENUKAR KERAJAAN SEDIA ADA'.
Rasanya perlembagaan PAS yang menetapkan bahawa perjuangan berlandaskan Al Quran dan Hadith telah mereka tinggalkan, tidak lagi di guna pakai dalam perjuangan. Perjuangan mereka hanya satu matlamat, menumbangkan kerajaan orang Islam dan menegakkan kerajaan yang memberikan kesamarataan kepada semua rakyat Malaysia, tanpa mengambil kira hak istimedaulatan Raja-raja melayu dan masa depan orang Melayu.
Sekarang ini, barulah saya faham, Ugama pada PAS hanya topeng bagi mereka mendapatkan kekuasaan, dan di sini teori matlamat menghalalkan cara telah di guna pakai. Perjuangan Islam hanyalah helah bagi mengabui mata rakyat dan kaedah menawan hati umat melayu untuk menyokong mereka.
Sekarang juga saya mula faham, kenapa di Selangor projek Babi adalah projek utama, Tiada lagi teriakan mahu menutup kilang arak di Shah Alam, malah arak menjadi PENAJA UTAMA kerajaan PR di stadium Shah Alam untuk perlawanan Bolasepak anjuran kerajaan negeri. Di Perak ada Perjanjian Pangkor II, yang melarang Menteri Besar menyebut perkataan berunsur Islam, seperti hudud dan jihad, di Pulau Pinang ada penghapusan DEB. Rupanya semua ini terjadi kerana perjuangan PAS bukan lagi berlandaskan Islam, malah hanya "matlamat perjuangan untuk menukar kerajaan sedia ada".
Kesian pada pendukung PAS yang berjuang dan berjihad untuk mengembangkan dan mendaulatkan Islam di Malaysia, mereka tertipu lagi seperti Tipah tertipu. Mereka menghulurkan sedikit sumbangan agar Islam tertegak dan kuat, tapi haluan kapal telah berubah, Kuasa menjadi agenda utama, bukan lagi perjuangan mendaulatkan Islam.
Tidak lama lagi akan hilanglah teriakan "ALLAH-HU-AKBAR" DALAM MAJLIS PAS, akan di ganti dengan teriakan "tukar kerajaan segera". rupanya kuasa dan kerusi begitu besar kesannya pada manusia, bila hendak berkuasa, prinsip sanggup di campak ke sisi, pandangan dan tumpuan hanya satu, kuasa, kuasa dan kuasa, kaulah segala-galanya.

Monday, July 14, 2008

Menanti buah gugur

MENANTI BUAH GUGUR

Selepas lebih 100 hari memerintah, kerajaan PR di Selangor masih lagi belum terlepas dari ‘culture shock’. Masalah-masalah dalaman makin menghimpit, manakala masalah luaran, berkaitan pemerintahan, kebajikan rakyat dan ketelusan yang menjadi agenda utama mereka makin terhakis.
Masalah dalaman seperti hilang kepercayaan akar umbi PKR kepada MB Selangor seperti yang kita lihat makin serius. Bermula dari penggantungan setiausaha Perhubungan PKR negeri, yang membawa kepada perletakan jawatannya, adegan cabar mencabar untuk meletak jawatan, sehinggalah yang terkini melarat kepada ketidak seimbangan tentang pengagihan kerusi ahli majlis. Semuanya menimbulkan tanda tanya dan ketidak puasan hati samada akar umbi PKR atau pun parti komponen dalam PR sendiri.
Dari sehari ke sehari, PR Selangor makin rapuh oleh agenda parti politik yang menjadi komponen dalam PR. DAP dengan politik menjaga satu kaum, PAS terus terpinggir dengan laungan membangun bersama Islam yang makin hari makin lesu dan tidak bermaya, manakala PKR pula sibuk mengaut keuntungan dari kemenangan PR samada dari aspek pertambahan ahli atau kerusi ahli majlis.
Mentaliti mereka juga tidak berubah, masih belum sedar mereka adalah pihak yang memerintah Selangor. Mereka masih ghairah berceramah di serata tempat, menggunakan kemudahan yang baru mereka kecapi seperti dewan-dewan dan stadium. Ceramah dan forum perdana tumbuh dan di adakan semakin kerap. Melalui ceramah ini, mereka masih memperkatakan kelemahan BN, Mereka masih di takuk lama, sedangkan DAP sudah jauh kehadapan dalam memperjuangkan hak kaum tertentu. Tiada agenda konkrit untuk kaum Melayu dan Agama Islam. Tiada rancangan tersusun bagi belia Melayu dan Islam untuk bangun dan meraih segenap peluang yang ada. Tiada agenda perdana untuk petani dan nelayan, tiada dana dan kemudahan khusus untuk belia dan siswazah dan tiada premis khusus tanpa sewa untuk para peniaga melayu.
Semua faktor di atas, membuatkan rakyat yang memilih mereka mula mempersoalkan credibility kerajaan PR kini. Kemana arah tuju dan haluan Mereka. Kemana rakyat hendak di bawa? Rakyat mula bertanya, Bila lagi janji-janji manifesto pilihanraya akan di tunaikan. Rakyat sudah lama memanti, Ibu tunggal dan suri rumah telah lama menunggu elaun sara hidup bulanan untuk mereka. Ibu bapa yang ada anak di Tadika dan nurseri masih mengharap elaun bulanan untuk anak-anak mereka di masukkan kedalam akaun anak-anak mereka. Belia yang nak berkahwin, masih menanti, bilakah kerajaan PR akan memberikan sebahagian duit hantaran untuk mereka melangsungkan perkahwinan? Janganlah sehingga mereka mendapat 2 atau 3 anak, bantuan hantaran masih tidak di perolehi.
Mereka memangkah PR kerana janji PR dalam manifesto pilihanraya mereka, Mereka berkorban masa depan untuk member peluang kepada PR kali ini. Oleh itu adalah tidak salah bagi mereka menagih apa yang telah di janjikan kepada mereka setelah PR menang dan dapat membentuk kerajaan. Itu hak mereka sebagai rakyat. Apakah mereka sedang menanti buah yang tidak akan gugur???????

PENERANGAN ISLAM HADHARI






Majlis Penerangan Islam Hadhari
Assalamualaikum.

Alhamdulillah, dapat lagi saya meluangkan masa menulis di dalam blog ini.

Semalam (9 Julai 2008), saya telah dijemput ke Majlis Penerangan Islam Hadhari anjuran JASA Negeri Selangor dengan kerjasama UMNO Bahagian Tanjong Karang.

Turut hadir adalah Menteri Pembangunan Usahawan & Koperasi merangkap Ketua UMNO Bahagian Tanjong Karang, YB Dato' Noh b. Omar dan ADUN-ADUN di bawah Parlimen Tanjong Karang.

Saya telah menyampaikan penerangan kepada para AJK 4 Peringkat UMNO Tanjong Karang berkaitan Islam Hadhari, sepertimana yang saya sampaikan di mana-mana tempat yang pernah saya kunjungi sebelum ini.

Saya telah menegaskan kepada para hadirin bahawa Islam Hadhari telah disalahertikan selama ini oleh pihak-pihak yang berkepentingan. Ingin saya ulang untuk kesekian kali, Islam Hadhari adalah merupakan cara atau kaedah pihak kerajaan pimpinan Pak Lah di dalam mentadbir negara. Ianya bukanlah suatu agama baru yang terpesong daripada ajaran Islam.

Islam pada masa kini sering dikaitkan dengan kemiskinan. Belum ada mana-mana negara Islam di dunia ini yang berjaya mengangkat martabat warga Islam. Oleh yang demikian, Islam Hadhari wajar disokong bagi mencapai matlamat membangunkan ummah di Malaysia khususnya dan di dunia amnya.

di ambil dari - http://zaisakom.blogspot.com/

Saturday, July 12, 2008

TSUNAMI POLITIK KE 2





Umum telah tahu bahawa tsunami politik telah melanda negara pada 8 hb Mac yang lalu, telah mengejutkan ramai rakyat, di samping merobah lanskap politik Negara. Scenario yang terhasil dari tsunami itu seperti yang kita lihat hari, di mana 5 negeri telah di perintah oleh gabungan parti-parti pembangkang yang kita lihat tiada tunjang, tidak seperti BN yang di tunjangi oleh UMNO. Tapi bukan soal siapa yang dominan yang saya ingin bicarakan hari ini.

Setelah dapat memerintah beberapa negeri selepas pilihanraya lalu, Pakatan parti ini menamakan diri mereka “Pakatan Rakyat”, telah mengalami beberapa “culture shock”,. Ibarat budak sekolah tingkatan satu yang baru masuk ke asrama, ‘culture shock” ini menjejaskan kitaran hidup mereka. Mereka masih belum selesa dan tidak dapat menyesuaikan diri dengan keadaan baru dan bergelar pemerintah. Mereka masih lagi terbayang bayang mereka adalah pembangkang, jadi mereka masih beraksi sebagai pembangkang. Tugas utama pembangkang adalah mencari salah kerajaan dan berceramah membongkar kisah kisah sensasi penyelewengan dalam kerajaan terdahulu.

Dalam ghairah mencari salah kerajaan BN lalu, mereka terlupa bahawa mereka adalah pemerintah dan kerajaan kepada sebuah negeri. Mereka lupa manjadi kerajaan bukanlah mudah seperti berceramah, menuduh orang itu rasuah, menuduh orang ini salah guna kuasa. Pemerintah perlu adil pada semua orang, perlu jaga hati dan perasaan penyokong, menghargai pengundi yang memenangkan mereka.

Oleh itu, bila berdepan dengan dilemma ini, samada membuat sokongan kepada sesuatu projek atau kerusi kepada samada rakyat yang berkelayakan atau penyokong kuat parti, mereka hilang arah. Menteri Besar Selangor , seorang tokoh korporat yang gah, telah hilang arah dan bekerja memerintah Selangor dengan prinsip sebuah syarikat korporat. Beliau lupa bahawa memerintah negeri perlu pengetahuan dan prinsip politik. Maka jadilah pemerintahan ala diktaktor.

Oleh itu, terjadilah kekalutan dalam pemerintahan kerajaan baru sekarang. Episode bermula dari sepucuk surat sokongan dari pegawai khas menteri Besar , satu demi satu episode mengegar dan menggoncang kerajaan baru di terajuinya itu. Tindakan kerajaan ini tidak selaras dengan konsep yang dilaungan oleh mereka. Pada hari ini, semua yang di laungkan ada pada kerajaan BN dahulu seperti kronisma, salah guna kuasa dan penyelewengan terjadi dalam kerajaan negeri Selangor. Tiada lagi ketelusan, semuanya bergantung kepada keputusan seorang MB yang ala diktaktor, iaitu Tan Sri Khalid Ibrahim.

Kalau dulu dalam pentadbiran BN, di dakwa ada pena ajaib MB, sekarang pun ada pena ajaib tersebut, malah bukan MB sahaja ada pena ajaib tetapi pegawai-pegawai khas MB pun ada jugak, Seluruh pentadbiran sekarang ada pena ajaib. lagi handal dan hebat. Hilang ketelusan dan keadilan, kroni di utamakan.

Kalau dulu ahli majlis dipilih dari kalangan pemimpin politik pemerintah dan NGO kalangan anak tempatan, sekarang tidak lagi. Sesiapa saja boleh jadi ahli majlis, waima dari luar kawasan atau pernah di tahan di pusat tahanan. Asal dapat restu MB, boleh lah jadi ahli majlis, hinggakan ketua bahagian atau timbalan ketua bahagian parti pemerintah pun tidak dapat jadi ahli majlis. Ini memang menghairankan. Akibat dari ini, ahli PKR yang telah lama berjuang dengan setia dan berkorban sekian lama merasa muak, terpinggir dan tidak di hargai. Mereka memberontak dan menunjuk perasaan dan mengeluarkan kenyataan akhbar.

Adalah di beritakan, PKR Selangor kini telah parah, MB Tan Sri Khalid tidak lagi mendapat kepercayaan dari sebahagian besar ketua bahagian PKR Selangor, malah dari ahli akar umbi. Mereka sudah penat dan letih berjuang tapi tidak di hargai oleh MB. MB lebih mengikut telunjuk DAP dan rakan-rakannya dari Guthrie. Mereka ini lebih berharga dan lebih berkelayakan dari ahli akar umbi PKR. Maklumlah, ahli akar umbi ini bukan professional, bukan ahli politik besar.

PKR Bahagian Kuala Selangor marah, Ampang bantah, Klang bantah, itu yg kita nampak dan di laporkan dalam akhbar, yang membantah dalam senyap, banyak lagi. Semuanya marah pada MB Selangor. Khabarnya 20 bahagian dah hilang kepercayaan pada Tan Sri Khalid. Tu belum lagi kes ahli majlis yang di persoalkan, pernah di tahan di pusat tahanan. Belum campur lagi dakwaan ada kronisma dan lebihkan pada DAP dalam pengagigah kerusi ahli majlis ini. Semuanya menimbulkan kemarahan akar umbi pada Tan Sri Khalid. Kemarahan yang makin memuncak.

Nampaknya MB Selangor ini kini tengah duduk atas bara di kerusi panas MB Selangor, menanti badai melanda. Rasanya tidak lama lagi, satu tsunami politik akan melanda, tetapi yang terkena kesannya adalah PKR Selangor, Tan Sri Khalid dan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor. Satu Tsunami yang akan yang bakal mengalih sempadan dan tanda tsunami pertama dulu. Oleh itu, tunggulah Tsunami kedua ini yang bakal melanda tidak lama lagi.


Inilah Tsunami politik kedua.



Sunday, July 6, 2008

konsert HALAL?



Assalammualikum,

Bergegar negeri Selangor bila di sebutkan yang satu konsert akan di adakan di stadium Shah Alam yang menjadi kebanggaan Negeri Selangor. Stadium yang selalu menjadi tumpuan bila ada perlawanan bola dan kegiatan sukan biasanya di serbu dan di isi oleh orang ramai untuik menonton dan menyaksikan sukan atau persembahan.

Kenapa bergegar?

Fenomena ini terjadi kerana dalam kesibukan kerajaan PR menghitung sisa kantung untuk menunaikan janji air percuma bagi rakyat Selangor, mereka terlupa bahawa satu konsert yang di jayakan oleh Ratu Rock, Ella dan Ratu Dangdut, Mas Idayu akan di adakan di stadium yang menjadi kebanggaan itu, di mana stadium tersebut dalam kekuasaan mereka, kerajaan PR yang di dokong oleh PKR, PAS dan DAP. Dan yang paling mengejutkan, konsert itu adalah anjuran kerajaan PR yang baru berumur 110 hari itu.

Pada kebiasaannya sebelum ini, bila ada saja konsert, khususnya ajuran BN atau mana-mana badan yang tidak berkaitan dengan mereka, lantas mereka mengecam dan menyifatkan ianya satu cara yahudi untuk menyesatkan muda mudi Islam di negara ini.

Selain dari itu, mereka akan memaki hamun kerajaan BN sebagai tidak Islamik, menganjurkan konsert yang mana ada percampuran lelaki dan perempuan, tidak mengira waktu siang atau malam dan berbagai-bagai lagi makian dan hamunan dari PAS dan PKR.

Saya agak terkejut kerana sepatutnya bila kerajaan PR yang memerintah, segala konsert yang dianggap melalaikan, menyumbangkan kepada kerosakan modal insan, merugikan ini akan di buang jauh, di tanamkan dalam-dalam, jangan adakan konsert seperti itu. tetapi yang lebih mengejutkan, kerajaan PR ini lah yang dulu melaung-laungkan berbagai makian dan hamunan menentang perkara ini, telah menganjurkan konsert yang serupa juga.

Pemuda PAS juga dengarnya dengan hangat hangat tahi ayam akan membuat bantahan dengan berdemontrasi, hilang telor dan kecut bila berhadapan dengan situasi ini. Mana hilangnya taring, tiada cacian dan makian kepada penganjur konsert yang di sifatkan sebagai melalaikan itu??????

Apakah bila sudah memerintah, segala yang dahulu di tentang menjadi halal pula?

Apakah bila konsert itu di anjurkan oleh kerajaan PR di bolehkan kerana di anjurkan oleh pakatan parti ISLAM kononnya?

Kemana hilangnya para pejuang dan pendekar yang menentang kemungkaran dan perbuatan melalaikan?

Akhirnya, satu kesimpulan yang saya dapat --- Bila sesuatu perkara di buat oleh BN, ianya adalah salah dan berdosa, tetapi bila di lakukan oleh kerajaan PR yang mereka dokong, ianya halal dan di bolehkan kerana hanya mereka yang maksum. maklumlah, Parti ISLAM.

Saya teringat satu bait puisi Pak Lah yang selalu mereka permainkan,

Pak lah dalam puisi itu menyatakan

" aku mencari di mana Al- Ghazali, Aku cari di mana As- Shafie,

hari ini saya tambah "

" di mana dia HASSAN ALI"

"kemana pergi perjuangan parti"

JAWABNYA,,,,,,,,,,,,,,,,Semua itu kami gadaikan kerana kerusi


sekian

Che Mat

Monday, June 2, 2008