Thursday, April 5, 2012

POLITIK SONGSANG





Sabtu baru-baru ini, Puak PR (sebut Nizar)telah mengadakan satu demonstrasi membantah operasi syarikat bijih besi Vale SA di Teluk Rubiah yang didakwa akan memusnahkan alam sekitar di kawasan itu.

Ngeh pula dalam sidang DUN Perak, mempersoalkan kewajaran kerajaan BN pimpinan Datuk Seri Zambry Abdul Kadir meluluskan projek Vale berkenaan di kawasan Teluk Rubiah bukan di Tanjung Hantu di Bagan Datoh yang kononnya lokasi sebenar projek tersebut.

Sepucuk surat telah didedahkan oleh Dr Zambry mengenai projek tersebut. Apa kandungan surat tersebut?

Surat yang bertarikh 17 Disember tersebut mengandungi kelulusan dan sokongan penuh Kerajaan Negeri Perak yang ketika itu iaitu Kerajaan Boneka PR diketuai oleh Nizar sendiri.

surat tersebut menyebut bahawa lokasi yang dipersetujui bagi projek Vale itu ialah di Teluk Rubiah dan bukannya di Tanjung Hantu di Bagan Datoh sebagaimana yang didakwa oleh Nizar dan Ngeh. Malah, surat itu ditandatangani oleh Nizar sendiri.

Permainan politik kotor dan jijik PR telah lama bermula dan kini telah sampai fasa terakhir, fasa dimana kebenaran sentiasa akan menumpaskan kebathilan, ..........

Inilah PR, samada dari PAS, PKR atau DAP, mereka sentiasa akan berbohong, sentiasa berlakon pura2 amat maksum tanpa salah silap, berkokok berderai2, bersedangkan di balik tabir, ekor bergelumang dengan tahi, yang jijik lagi menjijikan.

Mereka tahu, dan mereka amat arif bahawa merekalah dalang kepada kelulusan kilang Vale tersebut, tapi untuk menampilkan imej sudi dan maksum di mata rakyat, mereka sanggup menipu, menipu untuk kuasa, memfitnah kerana undi, dan sanggup jadi munafik kerana terlalu mendambakan sokongan rakyat.

Mereka lakukan kemungkaran, mereka tuduh UMNO dan BN, Pimpinan mereka berkhalwat dan meliwat, mereka tuduh UMNO/BN, Apa saja yang terjadi, mereka akan salahkan UMNO/BN, hinggakan mungkin sindrom meletakkan kesalahan tersebut menular hingga kucing mereka beranak pun, mereka akan kata UMNO dan BN lah yang menyebabkan kucing mereka beranak.

Sekarang, terpulanglah pada semua rakyat Malaysia, bukalah mata anda, sedarlah yang mana satu intan yang mana satu kaca, Hindarilah diri kita dari sindrom yang PR bawa dgn cara yang paling mudah, palingkan diri anda dari PR, Jauhi PR dan dalam PRU akan datang, hilangkanlah PR dari peta politik Malaysia.

Kita tidak perlu politik munafik, kita tidak perlu politik pembohongan, kita tidak perlu politik kotor dan jijik seperti yang dibawa oleh PR.

Inilah POLITIK SONGSANG YANG NYATA LAGI TERANG DARI PUAK PEMBANGKANG INI.....
Inilah POLITIK SONGSANG YANG WAJIB KITA TENTANG.
Inilah PERJUANGAN KITA, MENEGAKKAN KEADILAN BAGI SEMUA.


Monday, April 2, 2012



"PAS Selangor sudah mendapat arahan dari PAS Pusat tidak perlu layan apa yang dia hendak cakap. Banyak lagi benda besar yang hendak diberikan tumpuan seperti pengundi hantu, rasuah, Kita pandang isu ini kecil sahaja, bagi PAS Selangor, ini (pendedahan video)tidak penting" - Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abd Rani Osman.

PAS sudah hilang arah dan hilang punca dalam isu murtad.
Bagi PAS, yang penting adalah undi, kerusi dan Putrajaya, Itulah matlamat PAS kini.

PAS akan buat apa saja untuk dapatkan kerusi dan undi walaupun menggadaikan malah menjual Islam itu sendiri,
PAS sudah hilang perjuangan menegakkan negara Islam,
PAS sudah hilang perjuangan menegakkan hukum Hudud,
kini PAS hilang perjuangan membela Islam dan umatnya dari di murtadkan.
Oleh itu, apa yang ada pada PAS kini?

PAS kini sudah tiada apa lagi yang mahu dibanggakan, tiada lagi semangat berjuang kerana Allah, yang tinggal kini perjuangan kerana kerusi, perjuangan kerana undi dan yang paling menjengkelkan perjuangan kerana membantu bangsa lain menghancurkan umat Islam dan Melayu.

Inilah PENYELEWENGAN YANG NYATA LAGI TERANG DARI Parti PAS.....
Inilah PENYELEWENGAN YANG WAJIB KITA TENTANG.
Inilah PERJUANGAN KITA.