Friday, May 22, 2009

Perak - salah siapa

Kekalutan Perak terjadi dan Pakatan Pembangkang melaungkan mereka adalah jaguh rakyat yang berada di atas landasan kebenaran, tetapi mereka tertinggal satu perkara asas, prinsip demokrasi yang katanya semakin lebur di Malaysia. Dalam prinsip demokrasi yang Pakatan Pembangkang agung-agungkan, semua sedar bila sokongan pada satu pihak melebihi pihak yang lain, maka pihak yang minoriti terpaksa mengalah dan menyerahkan kuasa pada pihak yang majoriti.
Kekalutuan ini tidak akan terjadi jika Nizar dan Pakatan Pembangkang menghayati benar-benar erti demokrasi, membiarkan pihak majoriti mengambil alih kuasa kerana beliau sudah menjadi minoriti. Tapi bila Nizar yang mendapat nasihat yang salah, berkeras tidak mahu menghayati demokrasi, maka kekalutan terjadi.
Semua pihak kena sedar, pihak majoriti, walaupun dengan satu undi, maka majoriti akan memimpin minoriti. Pihak minoriti pula kena akur dengan keputusan ramai dan serahkan kuasa dengan cara terhormat, maka kemelut tidak akan terjadi.
Pada saya, kemelut ini adalah akibat kedegilan minoriti (Nizar) mengakui hakikat dan kenyataan. Jika semua pihak akur dengan prinsip, maka Perak akan aman dan sentosa sekarang.
Pada saya, kekalutan ini adalah kesalahan 100% kesalahan Nizar dan Pakatan Pembangkang. Ayuh, Pakatan Pembangkang, kembalilah pada prinsip yang anda sendiri laung-laungkan, terimalah hakikat dan jika ada rezeki, dalam PRU 13, anda ambillah kembali Perak jika rakyat mahu begitu. redakan kekalutan Perak dengan kembali ke pangkal jalan. Terimalah yang majoriti dan anda sebagai minoriti, undurlah. Dunia dan Rakyat Perak akan menilai...........

Wednesday, May 20, 2009

RASUAH POLITIK DALAM PAS

Bila di sebut pertandingan, maka akan terjadi perebutan jawatan dan calon akan berkempen untuk menang.

Maka ini tidak terkecuali dalam PAS sejak kebelakangan ini. Ini kerana beberapa golongan yang melihat jawatan dalam parti akan membolehkan mereka menjadi calon dalam pilihanraya, tambahan pula senario politik hari ini memberi kelebihan bagi calon PAS untuk menang.

Ketamakan dan nafsu besar untuk menjadi YB ini menjadikan sebahagian anggota PAS hilang arah dan sanggup memberi jamuan makan dan hadiah baju kepada perwakilan sebagai kempen untuk jawatan. Ini baru permulaan dan masa akan datang, wang ringgit pula akan jadi taruhan.

Saya tidak hairan ini terjadi kerana dulu PAS tiada kuasa dan sukar untuk menang dalam pilihanraya berbanding hari ini. Juga PAS hari ini telah di resapi oleh pengaruh 'Erdogan' yang mengutamakan kuasa dan sanggup menggadai perjuangan, malah sanggup berbuat apa saja termasuk menggadai agama untuk menuju Putrajaya.

Saya rasa saya tidak bersendirian dalam hal ini. Ramai rakan-rakan saya juga berpendapat sedemikian. Ia menular dan memakan PAS dari dalam dan akan menjadikan PAS seperti UMNO masa akan datang, di mana perebutan kuasa dan jawatan akan menjadi agenda utama. Pada masa itu, rakyat akan lebih membenci PAS.......

SATU MALAYSIA - SATU ULASAN

Itu adalah dasar dan hasrat PM yang merasakan dan melihat satu perubahan politik telah melanda Malaysia. BN tidak boleh lagi mengamalkan cara lama berpolitik, iaitu membentuk persepakatan melalui kumpulan parti-parti yang berasaskan kaum, iaitu Melayu dengan UMNO, MCA dengan Cina dan MIC dengan India.
Angin perubahan yang di bawa oleh Anwar dengan cogankata Harapan Baru telah menarik minat bukan melayu untuk menyokong pakatan pembangkang. Sehingga hari ini, sokongan bukan melayu terhadap pembangkang makin berkembang dan ini dapat di lihat dan di rasai oleh PM.
Oleh yang demikian, jika PM tidak mengenalkan satu dasar baru yang menyerupai atau menyamai konsep Harapan baru yang di bawa oleh Anwar, BN akan terus tertinggal dan makin tidak releven kepada rakyat amnya, dan bukan melayu khususnya.
Adalah di rasakan, dengan konsep satu Malaysia ini, ia akan menyaingi konsep Harapan Baru. Dengan konsep ini, sedikit sebanyak ia akan dapat menarik kembali sokongan bukan melayu kepada BN. Apa yang penting sekarang ini adalah menyaingi konsep harapan baru, memberikan gambaran dan persepsi bahawa apa yang di bawa oleh anwar hanyalah angan-angan, kerana mereka tidak ada kuasa untuk melaksanakannya, tetapi konsep dan gagasan satu Malaysia ini boleh di laksanakan, boleh berjaya dan dapat di realisasikan kerana BN mempunyai kuasa dan dengan kuasa ini, semuanya akan dapat di implementasikan dengan kebarangkalian untuk berjaya adalah tinggi.
Inilah tindakan susulan oleh PM setelah desakan akar umbi UMNO dan BN untuk berubah. Tindakan berubah dari lanskap politik lama kepada lanskap politik baru ini memerlukan keberanian, memerlukan kesungguhan dan memerlukan komitment untuk di capai walaupun pada mulanya ianya di ragui keberkesanannya. Ramai yang tidak yakin ianya akan berjaya seperti konsep Islam Hadhari yang lenyap dengan persaraan Pak Lah.
Seperti yang di sebutkan tadi, konsep atau pendekatan baru ini yang tidak membezakan bangsa pada yang tersurat, PM Najib berupaya meraih kembali sokongan bukan melayu dengan kepintaran memulihkan ekonomi. Kaum bukan Melayu, khususnya Cina amat takut andainya ekonomi jatuh dan mereka menanggung kesan kemelesetan ekonomi dalam jangka masa panjang kerana mereka bergantung kepada perniagaan. Sejarah kemelesetan ekonomi di Indonesia lewat 90an di mana Cina kaya di rompak dan terpaksa lari keluar Negara bila ekonomi jatuh dan tidak stabil dalam jangka masa panjang. Jika factor ini di ajukan pada kaum Cina, dengan tawaran yang baik, sokongan akan kembali memihak pada BN.

Untuk kaum Melayu pula, jika trend pengundian Pilihanraya Bukit Gantang di jadikan sandaran, sokongan Melayu terhadap UMNO dan BN telah meningkat dan tidak mustahil dengan tindakan pemimpin UMNO yang mahu berubah ke pangkal jalan, sokongan seperti dahulu dapat di raih kembali.

Walaubagaimana pun, beberapa kekangan terhadap konsep ini,
i. Kebimbangan Melayu pada konsep ini di mana sangka mereka Melayu akan di abaikan oleh UMNO dan BN
ii. Kaum Cina akan merasakan mereka istimewa dan akan meminta (demand) kepada kerajaan dan meminta yang bukan-bukan.
iii. Kaum India merasakan mereka juga terpinggir dan akan mengugut kerajaan dengan permintaan yang bukan-bukan juga seperti Cina.
iv. Pembangkang akan melontarkan isu yang PM tiada idea dan hanya meniru konsep Harapan Baru mereka.
v. Pemimpin politik tidak dapat berubah mengikut rentak najib dan akan terbawa-bawa perangai lama.
vi. Pegawai kerajaan tidak jelas kehendak dan matlamat PM dan mereka tidak ada arah dalam perlaksanaan kerja dan tidak effisien.

Beberapa cadangan untuk memastikan konsep ini lebih berjaya dan terlaksana
i. Penerangan yang menyeluruh kepada semua golongan, semua kaum dan semua lapisan masyarakat dari rakyat bawahan kepada pegawai kerajaan dan seterusnya pemimpin perlu di buat agar mereka paham dengan kehendak PM dalam konsep ini.
ii. Pemulihan ekonomi yang cepat dan PM dapat membawa Malaysia keluar lebih awal dari kemelesetan ekonomi.
iii. Membetulkan pemimpin kita agar mereka dapat berubah dan menghayati apa itu perubahan yang di desak oleh rakyat dan akar umbi.
iv. Penambahbaikan delivery system yang terlibat secara langsung dengan rakyat.
v. Menambah tekanan kepada pembangkang dan menyekat mainan persepsi mereka.
Adalah di yakini, dengan beberapa langkah berani untuk berubah, sokongan rakyat pada BN akan dapat di kembalikan dan BN akan lebih releven pada masa akan datang.

YANG TERSIRAT DLM KEMELUT PERAK

Teman (org Perak ckp Teman = saya) dok follow ler isu dan situasi yang melanda negeri teman yang tercinta. Follow pun dari jauh jer... tapi bila sampai Tuanku tak perkenankan pembubaran dewan, tergerak rasanya teman nak balik ke Ipoh. Lebih lebih lagi bila dengar update tentang apa yang terjadi kat Kuala Kangsar... Ari Jumaat, lepas kerja terus cargasss... sepanjang jalan perasaan tu bercampur campur... sedih, marah , geram.. semua ada.. Teman rasa Datuk Seri Ir Nizar adalah MB terbaik rakyat Perak pernah dapat. Teman cakap terus terang, Teman memang tolak kerajaan BN.. Bukan kerana parti itu, tapi oleh kerana mereka yang kini menerajuinya...

Pendekkan cerita, sampai di Ipoh, sempat juga teman ajak kawan2 di ipoh pekena teh tarik. Salah seorangnya kawan sekolah dulu. Dia ni Cina, bapanya bekas MP yang pernah bertanding atas tiket DAP. Tetapi kini hanya sekadar menjadi ahli sahaja. Si anak mengatakan dia menyokong penuh kepada pentadbiran PR. Namun, dia berkata tumbangnya PR di Perak adalah kerana perbezaan jumlah kerusi antara parti yang sangat ketara dan sikap Exco2 yang berlagak dan sombong. Si anak ini seperti ayahnya, merupakan penyokong tetap DAP, namun apa yang terjadi memang sudah dijangka jika dilihat akan keadaan dalaman peneraju negeri ini. Si anak bercerita lagi, isu ini sudah dapat dihidu oleh kebanyakkan penyokong DAP yang rapat dengan Exco2 negeri. Setiap kali mesyuarat Exco, kata-kata seperti : - Kita ada 18 kerusi... takkan 6 kerusi jadi bos kita ? - U apa tau ?U belajar tinggi mana ? baik jadik posmen saja. (2 saudara tu Lawyer) Dsb.... - Kita takkan ikut arahan dari kerusi sikit, kita ada 18 kerusi... - U better learn how to walk first ? Setiap keputusan MB dipertikai. “Kita ada 18 kerusi” di ulang –ulang kepada semua exco dan MB sendiri. Setiap keputusan yang bakal dibuat oleh MB, disyaratkan oleh mereka supaya ianya direview dahulu oleh mereka.
Kalau raja dahulu kala memberi dekri (mcm tanda serah kuasa), si dia ini dikatakan sering membawa bulu burung (burung hapa ntah la) di mesyuarat exco dan mengatakan bulu burung ini simbolik kepada kuasa yang diberi oleh rakyat dikawasannya. Angkuh sungguh mereka ini. Bukan kata tidak ada exco yang terasa, orang DAP sendiri pun dah mula menyampah. Ada satu exco ni, dari DAP dah menang 2 term, diorang kasik la jadik exco. Tapi 2 bersaudara ini kata apa kat dia; U better stay at home la (kebetulan dia mmg dah agak berumur) anything when we need u, we will call u.... Dia merungut, kalau ini mcm buat apa jadik exco... kulu kilir naik Camry dari umah ke ipoh jadi seperti passanger jer... driver yang tentukan nak pegi mana...

Si anak bercerita lagi, dia sedih kerana MB sebenarnya tidak dapat mengawal 2 bersaudara ini. Apakan tidak, kalau dibantah, hey... kitorang ada 18 kerusi tau... Betapa angkuhnya mereka, sejurus selepas menakluki Perak, seorang dr mereka membuat remark yang mengatakan kakitangan kerajaan negeri Perak lembab, tidak efisien dan sebagainya. Lalu ditegur MB, kata MB.... “These people now is working for us, they are our staff, don’t simply scold them before we try to change whatever need to be change....”
Si anak ini juga mengatakan bahawa, didalam exco, geng dari behrang dgn changkat jering tu la yang selalu diperlekehkan oleh 2 saudara ini.... setiap kali mesyuarat, suara mereka yang kerusi sikit ini, seperti tiada nilai. Walaupun begitu MB sentiasa cuba untuk mencapai keputusan yang paling baik untuk rakyat. Jenuh jugak la dia bertikam lidah dgn 2 saudara ini untuk capai sesuatu keputusan. Sememangnya pentadbiran Perak didominasi oleh DAP yang dikontrol 2 saudara ini, tetapi mcm mana nak halang mereka ini dari terus menjahanamkan Perak ?? Jadi, oleh disebabkan sukar bekerjasama dan sifat keangkuhan mereka serta asyik diperlekehkan, 2 geng dr behrang dan changkat jering ni tinggalkan PKR. Dari aku terus diperlekehkan dan dihina, ini jer cara untuk mengajar mereka-mereka yang tak sedar diri ini. 2 saudara ini tak sedar, mereka berkuasa disebabkan Pakatan Rakyat. Jadi setiap kerusi adalah penting.
Rata-rata Cina di Ipoh merasakan PRU13 PKR akan kurang mendapat sambutan. PAS mungkin dapat mengambil kesempatan keatas keadaan ini. Lim Kit Siang dan anaknya tahu keadaan ini tetapi bertindak berdiam diri atau hanya menyatakan ini hal kerajaan negeri Perak, jadi tak perlu campur tangan mereka.
Teman terpikir, kalau betul apa yg diceritakan, ADUN Behrang dan ADUN Changkat Jering tinggalkan PKR demi menghalang Perak dr dijahanamkan oleh 2 saudara ini. Itu jer cara yg ada kalau nak halang. ADUN Changkat Jering tu ex-army, asyik kene lekeh jer oleh Cina.. sure naik darah.. ADUN Behrang kalau tak silap, dia yang buka cawangan PKR di Behrang... dgr crita byk gak yang dia dah buat, tapi bila jadik Exco, kene ikut telunjuk 2 mangkuk ayun ni... Banyak persoalan timbul.... anda nilaikan sendiri, Teman cuma nyampaikan saja... Walla’ Hu’Allam Esok Teman nak pegi umah uncle teman (dia ni org UMNO)... katanya ada cerita tentang kenapa ADUN Bota buat lawak lompat sana sini...... nanti teman ceritakan kalau ada yang nak tahu....
P/S: dgr cerita ketua bahagian DAP Malim Nawar melayu... hmmmm... boleh ler DAP jadik MB plak lpas ni... itu pun kalau menang lagik laa...