Doa yang dibacakan selepas solat Maghrib itu antara lain berbunyi: ‘‘Ya Allah... musnahkan Mohd. Saiful... (Tan Sri) Musa Hassan... (Tan Sri) Gani Patail... (Datuk Seri) Najib...”
Bacaan doa tersebut dipimpin oleh Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Badrul Amin yang bergema kuat melalui pembesar suara ke kawasan perumahan di sekitar masjid itu.
UTUSAN MALAYSIA, 26.08.08
Tersentak saya membaca berita tersebut, betul dan benarkah seorang yang di katakan alim, seorang yang di katakan ulama, bijak pandai dalam agama boleh berdoa sedemikian? Kita sudah di ajar dari kecil supaya jangan berbuat jahat kepada orang lain, jangan menyakiti orang lain, jangan buruk sangka dan jangan memfitnah sesama manusia. Itulah ajaran guru atau ustaz dalam memupuk nilai-nilai murni. tetapi pada hari ini, dalam semua orang memperkatakan gejala sosial, keruntuhan moral anak-anak remaja, orang yang pandai menyalahkan orang lain atas semua kesalahan dan kegawatan yang terjadi, menunjukkan contoh yang tidak baik bagi remaja dan anak-anak kita. Lebih malang lagi, segala doa tersebut di sambut dengan laungan takbir, seperti mempersendakan laungan suci tersebut.
Semua ini berpunca kepada sikap taksub melulu kepada sesama manusia, kerana pada mereka, individu pemimpin mereka itu adalah orang yang maksum dan tidak akan ada secebis pun dosa. Mereka sanggup mendoakan sesama islam binasa, sedangkan pada masa yang sama, bersaudara dengan bukan Islam yang menentang Islam. Tidakkah mereka terfikir, kalaulah yang mereka doakan itu berada di pehak yang benar, apakah yang akan terjadi? Tidak takutkah mereka doa tersebut di balikkan oleh ALLAH kepada yang berdoa itu.
Pada saya, mereka ini telah hilang nur kebaikan dalam hati mereka, tiada lagi kasihan dan sifat baik sangka dalam hati mereka. Yang ada dalam hati mereka hanyalah kebencian dan api permusuhan yang di tiup oleh syaitan. Pada mereka , yang menentang pemimpin mereka adalah orang yang bersalah dan berdosa dan patut di binasakan. Begitulah ketaksuban mereka sesama manusia. Mereka fikir hanya mereka yang baik, alim dan beriman. Kita tidak tahu siapakah yang lebih mulia di sisi ALLAH, mungkin kita dan mungkin mereka yang kita laknatkan tersebut, mungkin.
Tidakkah mereka terfikir, andainya yang mereka doakan itu berada di pihak yang benar, mereka adalah terinaya, dan mereka turut beerdoa untuk ALLAH membantu mereka menunjukkan kebenaran, dan pada masa ini, doa mereka adalah terus kepada ALLAH, tiada hijab.
Oleh itu, baliklah kita kepada asas agama, jangan terlalu taksub kepada sesama manusia atau parti politik. Taksub melulu akan membutakan mata dan hati. Jangan sampai kita menjadi insan yang di laknat ALLAH kerana tindakan dangkal kita, memfitnah orang yang kita tidak tahu salah atau benar. Urusan itu, biar ALLAH yang menentukannya..............
Sekian
Monday, August 25, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment