Saturday, August 2, 2008

Hala Tuju Perjuangan PAS kini.

KUALA LUMPUR 31 Julai – Pas hari ini membuat keputusan menolak sebarang kerjasama dengan UMNO dan Barisan Nasional (BN) untuk membentuk kerajaan campuran sama ada di peringkat Pusat atau negeri.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, bagaimanapun rancangan Pas untuk mengadakan pertemuan dengan semua pihak termasuk UMNO demi kepentingan negara dan ummah akan tetap diteruskan.
Menurutnya, Pas juga tetap berpendirian untuk kekal berada di dalam pakatan pembangkang dengan memainkan peranan yang lebih aktif dan positif selaras matlamat perjuangan untuk menukar kerajaan sedia ada.

Sumber : Utusan Malaysia - 01/08/08


Saya terpanggil untuk memberikan komen terhadap kenyataan President PAS, Dato Seri Hj. Abd Hadi bin Awang, seperti di atas.
Rupanya sejak menang 5 buah negeri selepas pilihanraya yang lalu, matlamat perjuangan PAS telah bertukar sama sekali, telah kona 180 darjah. PAS hari ini selepas membentuk pakatan untuk menjadi pembangkang, membentuk Pakatan Rakyat bersama DAP dan PKR, telah menukar hala tuju dan matlamat perjuangan dari memperjuangkan Islam, menegakkan negara Islam, menjalankan undang-undang Islam dan Membangun bersama Islam telah bertukar kepada hanya 'MENUKAR KERAJAAN SEDIA ADA'.
Rasanya perlembagaan PAS yang menetapkan bahawa perjuangan berlandaskan Al Quran dan Hadith telah mereka tinggalkan, tidak lagi di guna pakai dalam perjuangan. Perjuangan mereka hanya satu matlamat, menumbangkan kerajaan orang Islam dan menegakkan kerajaan yang memberikan kesamarataan kepada semua rakyat Malaysia, tanpa mengambil kira hak istimedaulatan Raja-raja melayu dan masa depan orang Melayu.
Sekarang ini, barulah saya faham, Ugama pada PAS hanya topeng bagi mereka mendapatkan kekuasaan, dan di sini teori matlamat menghalalkan cara telah di guna pakai. Perjuangan Islam hanyalah helah bagi mengabui mata rakyat dan kaedah menawan hati umat melayu untuk menyokong mereka.
Sekarang juga saya mula faham, kenapa di Selangor projek Babi adalah projek utama, Tiada lagi teriakan mahu menutup kilang arak di Shah Alam, malah arak menjadi PENAJA UTAMA kerajaan PR di stadium Shah Alam untuk perlawanan Bolasepak anjuran kerajaan negeri. Di Perak ada Perjanjian Pangkor II, yang melarang Menteri Besar menyebut perkataan berunsur Islam, seperti hudud dan jihad, di Pulau Pinang ada penghapusan DEB. Rupanya semua ini terjadi kerana perjuangan PAS bukan lagi berlandaskan Islam, malah hanya "matlamat perjuangan untuk menukar kerajaan sedia ada".
Kesian pada pendukung PAS yang berjuang dan berjihad untuk mengembangkan dan mendaulatkan Islam di Malaysia, mereka tertipu lagi seperti Tipah tertipu. Mereka menghulurkan sedikit sumbangan agar Islam tertegak dan kuat, tapi haluan kapal telah berubah, Kuasa menjadi agenda utama, bukan lagi perjuangan mendaulatkan Islam.
Tidak lama lagi akan hilanglah teriakan "ALLAH-HU-AKBAR" DALAM MAJLIS PAS, akan di ganti dengan teriakan "tukar kerajaan segera". rupanya kuasa dan kerusi begitu besar kesannya pada manusia, bila hendak berkuasa, prinsip sanggup di campak ke sisi, pandangan dan tumpuan hanya satu, kuasa, kuasa dan kuasa, kaulah segala-galanya.

No comments: