Monday, August 25, 2008

Doa yang dibacakan selepas solat Maghrib itu antara lain berbunyi: ‘‘Ya Allah... musnahkan Mohd. Saiful... (Tan Sri) Musa Hassan... (Tan Sri) Gani Patail... (Datuk Seri) Najib...”

Bacaan doa tersebut dipimpin oleh Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Badrul Amin yang bergema kuat melalui pembesar suara ke kawasan perumahan di sekitar masjid itu.

UTUSAN MALAYSIA, 26.08.08


Tersentak saya membaca berita tersebut, betul dan benarkah seorang yang di katakan alim, seorang yang di katakan ulama, bijak pandai dalam agama boleh berdoa sedemikian? Kita sudah di ajar dari kecil supaya jangan berbuat jahat kepada orang lain, jangan menyakiti orang lain, jangan buruk sangka dan jangan memfitnah sesama manusia. Itulah ajaran guru atau ustaz dalam memupuk nilai-nilai murni. tetapi pada hari ini, dalam semua orang memperkatakan gejala sosial, keruntuhan moral anak-anak remaja, orang yang pandai menyalahkan orang lain atas semua kesalahan dan kegawatan yang terjadi, menunjukkan contoh yang tidak baik bagi remaja dan anak-anak kita. Lebih malang lagi, segala doa tersebut di sambut dengan laungan takbir, seperti mempersendakan laungan suci tersebut.

Semua ini berpunca kepada sikap taksub melulu kepada sesama manusia, kerana pada mereka, individu pemimpin mereka itu adalah orang yang maksum dan tidak akan ada secebis pun dosa. Mereka sanggup mendoakan sesama islam binasa, sedangkan pada masa yang sama, bersaudara dengan bukan Islam yang menentang Islam. Tidakkah mereka terfikir, kalaulah yang mereka doakan itu berada di pehak yang benar, apakah yang akan terjadi? Tidak takutkah mereka doa tersebut di balikkan oleh ALLAH kepada yang berdoa itu.

Pada saya, mereka ini telah hilang nur kebaikan dalam hati mereka, tiada lagi kasihan dan sifat baik sangka dalam hati mereka. Yang ada dalam hati mereka hanyalah kebencian dan api permusuhan yang di tiup oleh syaitan. Pada mereka , yang menentang pemimpin mereka adalah orang yang bersalah dan berdosa dan patut di binasakan. Begitulah ketaksuban mereka sesama manusia. Mereka fikir hanya mereka yang baik, alim dan beriman. Kita tidak tahu siapakah yang lebih mulia di sisi ALLAH, mungkin kita dan mungkin mereka yang kita laknatkan tersebut, mungkin.

Tidakkah mereka terfikir, andainya yang mereka doakan itu berada di pihak yang benar, mereka adalah terinaya, dan mereka turut beerdoa untuk ALLAH membantu mereka menunjukkan kebenaran, dan pada masa ini, doa mereka adalah terus kepada ALLAH, tiada hijab.

Oleh itu, baliklah kita kepada asas agama, jangan terlalu taksub kepada sesama manusia atau parti politik. Taksub melulu akan membutakan mata dan hati. Jangan sampai kita menjadi insan yang di laknat ALLAH kerana tindakan dangkal kita, memfitnah orang yang kita tidak tahu salah atau benar. Urusan itu, biar ALLAH yang menentukannya..............


Sekian

Thursday, August 21, 2008

BILA BATANG HIDUNG TERKENA

"Tuduhan rasuah, satu cubaan rampas kuasa kerajaan Pakatan Rakyat Perak
Oleh Wan Nordin Wan Yaacob

PERMATANG PAUH, 21 Ogos (Hrkh) - Tindakan pihak tertentu yang memerangkap dua Exco Kerajaan Negeri Perak yang didakwa kononya antara suspek rasuah dan seks sebenarnya bermotif merampas kuasa kerajaan negeri Perak sekarang dan memburukan imej Pakatan Rakyat ketika pilihan raya kecil Permatang Pauh.

Tuduhan Badan Pencegah Rasuah terhadap kedua exco ini kononnya terlibat satu projek perumahan di Seri Iskandar, Perak adalah tidak benar, kata Ketua Penerangan KeADILan, Tian Chua dalam satu sidang medianya di Yayasan Aman pagi tadi.
Ujarnya perkara ini berlaku semasa Kapten Usaili Alias bersama dengan Osman Mohd Jailu sedang minum di sebuah gerai, mereka ditegur sapa oleh dua orang tidak dikenali.

Lalu dua orang bersebut meninggalkan beg dan beredar dan pegawai BPR tiba-tiba muncul sebaik sahaja mereka memegang beg berkenaan yang ditinggal itu, katanya.

Beg tersebut dikatakan mengandungi RM100,000, dakwanya. Setakad ini, BPR telah menahan Exco, Jamaludin Mohd Radzi dan Osman Mohd Jailu, seorang Ahli Majlis Daerah Perak Tengah, seorang Juruteknik Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP), dan seorang peniaga.

"Inilah sebenarnya kita minta BPR dilapor terus dibawah Parlimen" jelas Tian Chua.
Dalam sidang media itu juga tuduhan tawaran seks ke atas dua exco juga dinafikan, bahawa dakwaan tersebut adalah bukan tuduhan sebenar bertujuan untuk memburukkan imej sementara sumber yang diterima adalah tidak sahih.
Sementara itu semalam, Menteri Besar Perak, Dato' Seri Ir Mohd Nizar Jamaluddin turut menyatakan bahawa tidakan tersebut adalah konspirasi politik untuk merampas kuasa kerajaan Perak pada 31 Ogos.
Menteri Besar turut yakin bahawa kedua-dua exco berkenaan tidak terlibat kerana projek bernilai RM180juta yang dimaksudkan tidak pernah wujud.
Dua exco berkenaan juga tidak bertanggungjawab dalam protfolio yang berkaitan.
Sementara Timbalan Presiden Keadilan, Dr Syed Husin Ali menjelaskan bahawa tangkapan itu berbaur politik di saat-saat pilihan raya kecil yang sedang berlangsung di Permatang Pauh.

Ujarnya, BPR tidak konsisten dalam menangani kes-kes rasuah dan penyelewengan justeru Syed Husin meminta BPR tegas dan profesional dalam menangani kes rasuah yang melibatkan pemimpin Barisan Nasional. _ HARAKAH DAILY

Saya memang tersenyum lebar bila membaca berita ini. Tersenyum lebar kerana teringat anak saya yang darjah dua yang berkelakuan seperti ini. Bila buat salah, dia akan membuat cerita yang dapat menyokong perbuatannya agar tidak nampak salah dan orang dapat mempercayainya. Kadang-kadang juga dia akan menyatakan kawan-kawannya juga membuat itu dan ini, jadi dia yang nampak salah.
Oleh itu, sudah-sudah la tu TIAN CHUA, IR NIZAR DAN DR SYED HUSIN ALI, hentikan la cerita cerita karut tu.kamu semua tu dah dewasa, bukan macam anak saya yang darjah dua tu, atau memang pemikiran kamu berdua sama saja dengan budak darjah dua?
Rakyat dpat menilai, dapat melihat, tidak perlu buat roadshow menjaja cerita karut seperti itu.
Terima hakikat, siapa saja yang buat salah, kalau tertangkap, maka akan di dakwa mengikut undang-undang. Jangan la kalau orang lain buat salah, kamu terus kata mereka salah, kalau kawan kamu, kamu akan bela dengan cerita karut marut. Mereka pun bukan malaikat yang tidak tergoda dengan wang dan perempuan? Mereka juga tidak maksum sampai tidak melakukan apa-apa kesilapan.
Cuma yang saya nampak, kalau parti pemerintah kena tangkap, mereka memang perasuah, tapi kalau pembangkang yang kena, mereka di aniaya, ada konspirasi. ITULAH MENTALITI PEMIMPIN PEMBANGKANG, MENTALITI BUDAK DARJAH DUA.

Sunday, August 17, 2008

Dah kawin tapi kena duduk kt serambi

PAS Pulau Pinang kecewa dengan sikap kerajaan Pakatan Rakyat di negeri itu yang didakwa telah meminggirkan parti itu di negeri berkenaan.

"Kita sudah lama hendak jumpa mereka tetapi sehingga hari ini belum dipanggil lagi.

"Oleh itu, PAS Pulau Pinang seolah-olah duduk di atas beranda sahaja. Panggillah kita duduk di atas kerusi," kata wakil Pulau Pinang, Mohd Pahwi Wahab, ketika membahaskan ucapan dasar presiden di muktamar PAS ke-54 di Stadium Indera Mulia, Ipoh hari ini.


Muda Mohd Noor Aug 16, 08 5:19pm (Malaysia Kini)

Terfikir gak saya, kesian PAS, dah kawin, tapi isteri yang satu jer dapat layanan baik dan jadi mem, satu lagi jadi isteri tempelan, kena duduk kt serambi jer, tak dapat bilik.
Kalau macam ni, susah la yer, nak tukar baju, nak mandi kena ketuk pintu nak masuk rumah, tido kena hurung nyamuk, hatta makan pun, kalau mem tak ajak, lapar la isteri ni kat luar.

Ish,Ish, kesian yer nasib PAS jadi isteri tak dapat sama taraf dan tak dapat layanan

Saturday, August 16, 2008

Mat jenin

Semalam Tuan Hj. Hadi Awang kata, beliau tak nak jadi Mat Jenin, belum apa-apa, dah pasang angan-angan untuk jadi perdana Menteri. Saya tesenyum lebar mendengarnya.

Rasanya ucapan itu di tujukan kepada DS Anwar Ibrahim yang memasang angan-angan melangkah ke Putrajaya sebagai PM. Belum pun jadi ahli parlimen, tetapi war-war nya sebagai "PM in waiting" telah di jaja, keserata pelusuk dunia.

Dalam cerita Mat Jenin, dalam angan-angan tersebut, beliau menjadi kaya raya dan menjadi menantu raja. Malangnya, bila dah terlalu berkhayal, beliau terlepas pautan pada pokok dan jatuh lalu mati.

Rasanya begitu juga dengan Anwar Ibrahim, belum jadi ahli parlimen, dah pasang angan-angan menjadi PM, ada kekuasaan, ada kroni, ada 'god farher'.Saya melihat kesudahanya adalah sama dengan cerita Mat jenin. Bila dah terlalu berangan-angan, berkhayal lalu tidak sedar di mana duduknya kita, terlepas pautan dan jatuh lalu mati.

Oleh itu, Hj Hadi sedar, angan-angan tidak menguntungkan, malah membahayakan nyawa, tetapi tidak Anwar..... Mat jenin alaf baru.

BERANI KERANA BENAR

Sejak kecil kita selalu di ingatkan dengan pepatah melayu, Berani kerana benar, takut kerana salah. Anak Melayu harus berani berhadapan dengan kenyataan, kalau salah, mengaku salah, bukan berselindung dengan seribu alasan.

Andaikata kita benar, sebut saja di mana untuk bersemuka, berjumpa dan bersumpah, kerana kebenaran, kita akan turun dan membuktikan kita benar. Anak Jantan tidak takut dengan provokasi, tidak mencari alasan yang kawan-kawan cakap jangan bersumpah.

Ini maruah kita, jangan cemarkan maruah kita jika kita di pehak yang benar. jika kita benar, terianaya, di fitnah, di perlekeh, di konspirasikan, siapkan gelanggang, kita turun untuk buktikan kita di pehak yang benar.

Tapi kalau kita salah, kita akan cari seribu alasan. Kita kan kata itu dan ini, seperti tidak menepati syariat lah, hanya untuk perkelahian suami isteri lah, tunjuk 4 saksi lah, Ulama luar menasihati jangan bersumpah lah, dan macam-macam lah lagi di utarakan.

Kita takut kerana kita salah, kita takut kerana kita tahu akibat sumpah atas nama Allah. Kita menikus kerana kita telah besalahhhhh.

Ayuh, DS Anwar, bersumpahlah secara Islam, Buktikan kamu benar, kamu di fitnah, kamu di konspirasikan, Supaya terlerai segala kekusutan, kami rakyat hendak melihat penyelesaian ...................

DOSA PR PADA UMAT MELAYU

Baru 5 bulan memerintah 5 negeri, telah banyak kesalahan dan dosa yang pakatan rakyat lakukan pada umat melayu. Ini baru 5 bulan, andainya sampai 5 tahun, entah berapa banyak lagi timbunan dosa mereka pada umat melayu, boleh jadi membukit atau menggunung.

Sebaik saja memerintah, kerajaan PR mengumumkan penghapusan DEB, satu dosa besar yang membunuh secara perlahan umat melayu. Pertama di Pulau Pinang, kemudian di Selangor. Tidak cukup dengan itu, rakyat Selangor di hadiahkan pula ternakan Babi secara besar-besaran.

Di Perak, Melayu hanya di berikan pajakan tanah 99 tahun, tetapi Cina mendapat 999 tahun, Bila di tanya kepada Menteri Besarnya, bila PR akan menjalankan system pemerintahan Islam , MB dengan nada amarahnya memberitahu bahawa membuat kebajikan itu adalah satu konsep Islam. Kalau begitu, BN telah lama menjalankan perkara tersebut. Semua rakyat dapat subsidi, bukankah itu kebajikan????

Yang terkini, satu dosa paling besar, bila MB Selangor ingin membuka UITM sebanyak 10% kepada bukan bumiputra, iaitu kira-kira 22,000 orang satu sessi. Ini adalah dosa yang yang melayu tidak mampu maafkan . Kenapa harus MB menjadi lidah DAP?? Kenapa Institusi Melayu itu harus di gadaikan kerana politik murahan PR?

Banyak lagi yang saya tidak dapat senaraikan di sini, tapi semuanya dosa itu amat besar pada Melayu, tidak mungkin dapat di ampunkan oleh keturunan melayu masa kini dan akan datang

Andaikata satu hari nanti, cucu cicit kita bertanya, kenapa Melayu hanya tinggal nama dan tercatat keistimewaan mereka hanya dalam perlembagaan sahaja, tercatatlah sejarah, melayu itu dulu kuat, ada kerajaan besar menggantikan Melaka di Putrajaya, tetapi ia musnah oleh pengkhianat ( di pinjam dari ungkapan YB Ibrahim Ali ) Melayu yang namanya Khalid Ibrahim dan Anwar Ibrahim, bukan adik beradik, tapi sama-sama darah pengkihianat dan penderhaka mengalir dalam diri mereka.

Saturday, August 2, 2008

Hala Tuju Perjuangan PAS kini.

KUALA LUMPUR 31 Julai – Pas hari ini membuat keputusan menolak sebarang kerjasama dengan UMNO dan Barisan Nasional (BN) untuk membentuk kerajaan campuran sama ada di peringkat Pusat atau negeri.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, bagaimanapun rancangan Pas untuk mengadakan pertemuan dengan semua pihak termasuk UMNO demi kepentingan negara dan ummah akan tetap diteruskan.
Menurutnya, Pas juga tetap berpendirian untuk kekal berada di dalam pakatan pembangkang dengan memainkan peranan yang lebih aktif dan positif selaras matlamat perjuangan untuk menukar kerajaan sedia ada.

Sumber : Utusan Malaysia - 01/08/08


Saya terpanggil untuk memberikan komen terhadap kenyataan President PAS, Dato Seri Hj. Abd Hadi bin Awang, seperti di atas.
Rupanya sejak menang 5 buah negeri selepas pilihanraya yang lalu, matlamat perjuangan PAS telah bertukar sama sekali, telah kona 180 darjah. PAS hari ini selepas membentuk pakatan untuk menjadi pembangkang, membentuk Pakatan Rakyat bersama DAP dan PKR, telah menukar hala tuju dan matlamat perjuangan dari memperjuangkan Islam, menegakkan negara Islam, menjalankan undang-undang Islam dan Membangun bersama Islam telah bertukar kepada hanya 'MENUKAR KERAJAAN SEDIA ADA'.
Rasanya perlembagaan PAS yang menetapkan bahawa perjuangan berlandaskan Al Quran dan Hadith telah mereka tinggalkan, tidak lagi di guna pakai dalam perjuangan. Perjuangan mereka hanya satu matlamat, menumbangkan kerajaan orang Islam dan menegakkan kerajaan yang memberikan kesamarataan kepada semua rakyat Malaysia, tanpa mengambil kira hak istimedaulatan Raja-raja melayu dan masa depan orang Melayu.
Sekarang ini, barulah saya faham, Ugama pada PAS hanya topeng bagi mereka mendapatkan kekuasaan, dan di sini teori matlamat menghalalkan cara telah di guna pakai. Perjuangan Islam hanyalah helah bagi mengabui mata rakyat dan kaedah menawan hati umat melayu untuk menyokong mereka.
Sekarang juga saya mula faham, kenapa di Selangor projek Babi adalah projek utama, Tiada lagi teriakan mahu menutup kilang arak di Shah Alam, malah arak menjadi PENAJA UTAMA kerajaan PR di stadium Shah Alam untuk perlawanan Bolasepak anjuran kerajaan negeri. Di Perak ada Perjanjian Pangkor II, yang melarang Menteri Besar menyebut perkataan berunsur Islam, seperti hudud dan jihad, di Pulau Pinang ada penghapusan DEB. Rupanya semua ini terjadi kerana perjuangan PAS bukan lagi berlandaskan Islam, malah hanya "matlamat perjuangan untuk menukar kerajaan sedia ada".
Kesian pada pendukung PAS yang berjuang dan berjihad untuk mengembangkan dan mendaulatkan Islam di Malaysia, mereka tertipu lagi seperti Tipah tertipu. Mereka menghulurkan sedikit sumbangan agar Islam tertegak dan kuat, tapi haluan kapal telah berubah, Kuasa menjadi agenda utama, bukan lagi perjuangan mendaulatkan Islam.
Tidak lama lagi akan hilanglah teriakan "ALLAH-HU-AKBAR" DALAM MAJLIS PAS, akan di ganti dengan teriakan "tukar kerajaan segera". rupanya kuasa dan kerusi begitu besar kesannya pada manusia, bila hendak berkuasa, prinsip sanggup di campak ke sisi, pandangan dan tumpuan hanya satu, kuasa, kuasa dan kuasa, kaulah segala-galanya.