Saturday, July 12, 2008

TSUNAMI POLITIK KE 2





Umum telah tahu bahawa tsunami politik telah melanda negara pada 8 hb Mac yang lalu, telah mengejutkan ramai rakyat, di samping merobah lanskap politik Negara. Scenario yang terhasil dari tsunami itu seperti yang kita lihat hari, di mana 5 negeri telah di perintah oleh gabungan parti-parti pembangkang yang kita lihat tiada tunjang, tidak seperti BN yang di tunjangi oleh UMNO. Tapi bukan soal siapa yang dominan yang saya ingin bicarakan hari ini.

Setelah dapat memerintah beberapa negeri selepas pilihanraya lalu, Pakatan parti ini menamakan diri mereka “Pakatan Rakyat”, telah mengalami beberapa “culture shock”,. Ibarat budak sekolah tingkatan satu yang baru masuk ke asrama, ‘culture shock” ini menjejaskan kitaran hidup mereka. Mereka masih belum selesa dan tidak dapat menyesuaikan diri dengan keadaan baru dan bergelar pemerintah. Mereka masih lagi terbayang bayang mereka adalah pembangkang, jadi mereka masih beraksi sebagai pembangkang. Tugas utama pembangkang adalah mencari salah kerajaan dan berceramah membongkar kisah kisah sensasi penyelewengan dalam kerajaan terdahulu.

Dalam ghairah mencari salah kerajaan BN lalu, mereka terlupa bahawa mereka adalah pemerintah dan kerajaan kepada sebuah negeri. Mereka lupa manjadi kerajaan bukanlah mudah seperti berceramah, menuduh orang itu rasuah, menuduh orang ini salah guna kuasa. Pemerintah perlu adil pada semua orang, perlu jaga hati dan perasaan penyokong, menghargai pengundi yang memenangkan mereka.

Oleh itu, bila berdepan dengan dilemma ini, samada membuat sokongan kepada sesuatu projek atau kerusi kepada samada rakyat yang berkelayakan atau penyokong kuat parti, mereka hilang arah. Menteri Besar Selangor , seorang tokoh korporat yang gah, telah hilang arah dan bekerja memerintah Selangor dengan prinsip sebuah syarikat korporat. Beliau lupa bahawa memerintah negeri perlu pengetahuan dan prinsip politik. Maka jadilah pemerintahan ala diktaktor.

Oleh itu, terjadilah kekalutan dalam pemerintahan kerajaan baru sekarang. Episode bermula dari sepucuk surat sokongan dari pegawai khas menteri Besar , satu demi satu episode mengegar dan menggoncang kerajaan baru di terajuinya itu. Tindakan kerajaan ini tidak selaras dengan konsep yang dilaungan oleh mereka. Pada hari ini, semua yang di laungkan ada pada kerajaan BN dahulu seperti kronisma, salah guna kuasa dan penyelewengan terjadi dalam kerajaan negeri Selangor. Tiada lagi ketelusan, semuanya bergantung kepada keputusan seorang MB yang ala diktaktor, iaitu Tan Sri Khalid Ibrahim.

Kalau dulu dalam pentadbiran BN, di dakwa ada pena ajaib MB, sekarang pun ada pena ajaib tersebut, malah bukan MB sahaja ada pena ajaib tetapi pegawai-pegawai khas MB pun ada jugak, Seluruh pentadbiran sekarang ada pena ajaib. lagi handal dan hebat. Hilang ketelusan dan keadilan, kroni di utamakan.

Kalau dulu ahli majlis dipilih dari kalangan pemimpin politik pemerintah dan NGO kalangan anak tempatan, sekarang tidak lagi. Sesiapa saja boleh jadi ahli majlis, waima dari luar kawasan atau pernah di tahan di pusat tahanan. Asal dapat restu MB, boleh lah jadi ahli majlis, hinggakan ketua bahagian atau timbalan ketua bahagian parti pemerintah pun tidak dapat jadi ahli majlis. Ini memang menghairankan. Akibat dari ini, ahli PKR yang telah lama berjuang dengan setia dan berkorban sekian lama merasa muak, terpinggir dan tidak di hargai. Mereka memberontak dan menunjuk perasaan dan mengeluarkan kenyataan akhbar.

Adalah di beritakan, PKR Selangor kini telah parah, MB Tan Sri Khalid tidak lagi mendapat kepercayaan dari sebahagian besar ketua bahagian PKR Selangor, malah dari ahli akar umbi. Mereka sudah penat dan letih berjuang tapi tidak di hargai oleh MB. MB lebih mengikut telunjuk DAP dan rakan-rakannya dari Guthrie. Mereka ini lebih berharga dan lebih berkelayakan dari ahli akar umbi PKR. Maklumlah, ahli akar umbi ini bukan professional, bukan ahli politik besar.

PKR Bahagian Kuala Selangor marah, Ampang bantah, Klang bantah, itu yg kita nampak dan di laporkan dalam akhbar, yang membantah dalam senyap, banyak lagi. Semuanya marah pada MB Selangor. Khabarnya 20 bahagian dah hilang kepercayaan pada Tan Sri Khalid. Tu belum lagi kes ahli majlis yang di persoalkan, pernah di tahan di pusat tahanan. Belum campur lagi dakwaan ada kronisma dan lebihkan pada DAP dalam pengagigah kerusi ahli majlis ini. Semuanya menimbulkan kemarahan akar umbi pada Tan Sri Khalid. Kemarahan yang makin memuncak.

Nampaknya MB Selangor ini kini tengah duduk atas bara di kerusi panas MB Selangor, menanti badai melanda. Rasanya tidak lama lagi, satu tsunami politik akan melanda, tetapi yang terkena kesannya adalah PKR Selangor, Tan Sri Khalid dan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor. Satu Tsunami yang akan yang bakal mengalih sempadan dan tanda tsunami pertama dulu. Oleh itu, tunggulah Tsunami kedua ini yang bakal melanda tidak lama lagi.


Inilah Tsunami politik kedua.



No comments: