Tuesday, March 27, 2012
Rasis - Masihkah kita berpeluk tubuh???
London - "Seorang pelajar universiti semalam dijatuhkan hukuman penjara selama 56 hari setelah didapati bersalah mengapi-apikan kebencian kaum ke atas pemain bola sepak Bolton, Fabrice Muamba menerusi komen di laman sosial Twitter baru-baru ini".
Malaysia - Permintaan Dong Jiao Zong supaya “beratus-ratus” guru dipindah keluar dari mengajar di SJKC atas alasan mereka tidak fasih berbahasa Mandarin dan tidak mempunyai kelulusan SPM dalam bahasa Cina.
Betapa rasisnya kaum chauvinis ini, (walaupun bukan semua kaum Cina menyokong mereka), pada mereka, hanya kehendak dan tuntutan mereka saja yang mereka mahukan, mereka x fikir perasaan kaum lain, mereka x fikir keselesaan kaum lain, mereka x fikir toleransi dan keharmonian kaum yang amat rapuh sekarang ini.
toleransi dan keharmonian kaum ini telah di pupuk sejak lama bukan mudah nak di bina dan di pupuk sehingga menjadi seperti sekarang, banyak ranjau dan duri terpaksa dilalui, banyak rintangan kita perlu tempuhi, terlalu banyak pengorbanan kaum Melayu khususnya dan kaum2 lain bagi merealisasikan impian pemimpin dahulu bagi mendapatkan keadaan seperti hari ini.
Jika keharmonian kaum ini terjejas dan punah, semua rakyat akan menanggung derita dan sengsara, sesama kaum akan merasa curiga dan mencurigai, tiada lagi hidup selesa dan harmoni.
Oleh itu, Pihak yang berwajib kena peka, Tindakan segera perlu sebelum luka menjadi kudis dan menanah membengkak menjadi barah. Ikutlah contoh diatas, bertindak segera, Rakyat Malaysia yang sejati tidak kira Melayu, Cina, India, Kadazan, dusun, Murut, Orang Asli dan lain2 lagi mahukan keharmonian kekal bagi kehidupan yang selesa dan harmoni.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment