Monday, April 2, 2012



"PAS Selangor sudah mendapat arahan dari PAS Pusat tidak perlu layan apa yang dia hendak cakap. Banyak lagi benda besar yang hendak diberikan tumpuan seperti pengundi hantu, rasuah, Kita pandang isu ini kecil sahaja, bagi PAS Selangor, ini (pendedahan video)tidak penting" - Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abd Rani Osman.

PAS sudah hilang arah dan hilang punca dalam isu murtad.
Bagi PAS, yang penting adalah undi, kerusi dan Putrajaya, Itulah matlamat PAS kini.

PAS akan buat apa saja untuk dapatkan kerusi dan undi walaupun menggadaikan malah menjual Islam itu sendiri,
PAS sudah hilang perjuangan menegakkan negara Islam,
PAS sudah hilang perjuangan menegakkan hukum Hudud,
kini PAS hilang perjuangan membela Islam dan umatnya dari di murtadkan.
Oleh itu, apa yang ada pada PAS kini?

PAS kini sudah tiada apa lagi yang mahu dibanggakan, tiada lagi semangat berjuang kerana Allah, yang tinggal kini perjuangan kerana kerusi, perjuangan kerana undi dan yang paling menjengkelkan perjuangan kerana membantu bangsa lain menghancurkan umat Islam dan Melayu.

Inilah PENYELEWENGAN YANG NYATA LAGI TERANG DARI Parti PAS.....
Inilah PENYELEWENGAN YANG WAJIB KITA TENTANG.
Inilah PERJUANGAN KITA.

1 comment:

Anonymous said...

Melindungi, berjuang dan mempertahankan kepentingan Islam adalah tanggungjawab semua umat Muslim, bukan hanya terletak di atas parti PAS aje...UMNO pun punya tanggungjawab yg sama gak...yg bezanya ialah UMNO ada kuasa tp tak buat yg sebaik mungkin...PAS nak memperjuangkan Islam tp takda kuasa...so, secara logiknya mereka kenalah berjuang dapatkan kuasa dulu sebelum mengorak langkah untuk memperjuangkan islam dgn lebih menyeluruh dari soal pokok spt amanah, telus, berhemah dsbnya sampailah kpd negeri dan negara berkebajikan di mana mereka harus mengurustadbir harta dan wang rakyat dgn adil dan telus...jgn dok asyik salahkan org atau parti lain (utk mengalihkan perhatian rakyat)tp harus lihat diri sendiri sejauh mana nilai2 islam sebenar telah digunapakai di dalam mengurustadbir negeri atau negara...rakyat marhaen skang bukan mcm dulu2, mudah dibeli dan dipengaruhi dgn pelbagai gula2 dan dakyah serta fitnah...dan rakyat jugak dah letih dgn gelagat memperbodohkan mereka oleh parti memerintah....biar mereka buat keputusan dipeti undi masa PRU13 nanti...wassalam..