Thursday, April 5, 2012

POLITIK SONGSANG





Sabtu baru-baru ini, Puak PR (sebut Nizar)telah mengadakan satu demonstrasi membantah operasi syarikat bijih besi Vale SA di Teluk Rubiah yang didakwa akan memusnahkan alam sekitar di kawasan itu.

Ngeh pula dalam sidang DUN Perak, mempersoalkan kewajaran kerajaan BN pimpinan Datuk Seri Zambry Abdul Kadir meluluskan projek Vale berkenaan di kawasan Teluk Rubiah bukan di Tanjung Hantu di Bagan Datoh yang kononnya lokasi sebenar projek tersebut.

Sepucuk surat telah didedahkan oleh Dr Zambry mengenai projek tersebut. Apa kandungan surat tersebut?

Surat yang bertarikh 17 Disember tersebut mengandungi kelulusan dan sokongan penuh Kerajaan Negeri Perak yang ketika itu iaitu Kerajaan Boneka PR diketuai oleh Nizar sendiri.

surat tersebut menyebut bahawa lokasi yang dipersetujui bagi projek Vale itu ialah di Teluk Rubiah dan bukannya di Tanjung Hantu di Bagan Datoh sebagaimana yang didakwa oleh Nizar dan Ngeh. Malah, surat itu ditandatangani oleh Nizar sendiri.

Permainan politik kotor dan jijik PR telah lama bermula dan kini telah sampai fasa terakhir, fasa dimana kebenaran sentiasa akan menumpaskan kebathilan, ..........

Inilah PR, samada dari PAS, PKR atau DAP, mereka sentiasa akan berbohong, sentiasa berlakon pura2 amat maksum tanpa salah silap, berkokok berderai2, bersedangkan di balik tabir, ekor bergelumang dengan tahi, yang jijik lagi menjijikan.

Mereka tahu, dan mereka amat arif bahawa merekalah dalang kepada kelulusan kilang Vale tersebut, tapi untuk menampilkan imej sudi dan maksum di mata rakyat, mereka sanggup menipu, menipu untuk kuasa, memfitnah kerana undi, dan sanggup jadi munafik kerana terlalu mendambakan sokongan rakyat.

Mereka lakukan kemungkaran, mereka tuduh UMNO dan BN, Pimpinan mereka berkhalwat dan meliwat, mereka tuduh UMNO/BN, Apa saja yang terjadi, mereka akan salahkan UMNO/BN, hinggakan mungkin sindrom meletakkan kesalahan tersebut menular hingga kucing mereka beranak pun, mereka akan kata UMNO dan BN lah yang menyebabkan kucing mereka beranak.

Sekarang, terpulanglah pada semua rakyat Malaysia, bukalah mata anda, sedarlah yang mana satu intan yang mana satu kaca, Hindarilah diri kita dari sindrom yang PR bawa dgn cara yang paling mudah, palingkan diri anda dari PR, Jauhi PR dan dalam PRU akan datang, hilangkanlah PR dari peta politik Malaysia.

Kita tidak perlu politik munafik, kita tidak perlu politik pembohongan, kita tidak perlu politik kotor dan jijik seperti yang dibawa oleh PR.

Inilah POLITIK SONGSANG YANG NYATA LAGI TERANG DARI PUAK PEMBANGKANG INI.....
Inilah POLITIK SONGSANG YANG WAJIB KITA TENTANG.
Inilah PERJUANGAN KITA, MENEGAKKAN KEADILAN BAGI SEMUA.


Monday, April 2, 2012



"PAS Selangor sudah mendapat arahan dari PAS Pusat tidak perlu layan apa yang dia hendak cakap. Banyak lagi benda besar yang hendak diberikan tumpuan seperti pengundi hantu, rasuah, Kita pandang isu ini kecil sahaja, bagi PAS Selangor, ini (pendedahan video)tidak penting" - Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abd Rani Osman.

PAS sudah hilang arah dan hilang punca dalam isu murtad.
Bagi PAS, yang penting adalah undi, kerusi dan Putrajaya, Itulah matlamat PAS kini.

PAS akan buat apa saja untuk dapatkan kerusi dan undi walaupun menggadaikan malah menjual Islam itu sendiri,
PAS sudah hilang perjuangan menegakkan negara Islam,
PAS sudah hilang perjuangan menegakkan hukum Hudud,
kini PAS hilang perjuangan membela Islam dan umatnya dari di murtadkan.
Oleh itu, apa yang ada pada PAS kini?

PAS kini sudah tiada apa lagi yang mahu dibanggakan, tiada lagi semangat berjuang kerana Allah, yang tinggal kini perjuangan kerana kerusi, perjuangan kerana undi dan yang paling menjengkelkan perjuangan kerana membantu bangsa lain menghancurkan umat Islam dan Melayu.

Inilah PENYELEWENGAN YANG NYATA LAGI TERANG DARI Parti PAS.....
Inilah PENYELEWENGAN YANG WAJIB KITA TENTANG.
Inilah PERJUANGAN KITA.

Tuesday, March 27, 2012

Rasis - Masihkah kita berpeluk tubuh???




London - "Seorang pelajar universiti semalam dijatuhkan hukuman penjara selama 56 hari setelah didapati bersalah mengapi-apikan kebencian kaum ke atas pemain bola sepak Bolton, Fabrice Muamba menerusi komen di laman sosial Twitter baru-baru ini".

Malaysia - Permintaan Dong Jiao Zong supaya “beratus-ratus” guru dipindah keluar dari mengajar di SJKC atas alasan mereka tidak fasih berbahasa Mandarin dan tidak mempunyai kelulusan SPM dalam bahasa Cina.


Betapa rasisnya kaum chauvinis ini, (walaupun bukan semua kaum Cina menyokong mereka), pada mereka, hanya kehendak dan tuntutan mereka saja yang mereka mahukan, mereka x fikir perasaan kaum lain, mereka x fikir keselesaan kaum lain, mereka x fikir toleransi dan keharmonian kaum yang amat rapuh sekarang ini.

toleransi dan keharmonian kaum ini telah di pupuk sejak lama bukan mudah nak di bina dan di pupuk sehingga menjadi seperti sekarang, banyak ranjau dan duri terpaksa dilalui, banyak rintangan kita perlu tempuhi, terlalu banyak pengorbanan kaum Melayu khususnya dan kaum2 lain bagi merealisasikan impian pemimpin dahulu bagi mendapatkan keadaan seperti hari ini.

Jika keharmonian kaum ini terjejas dan punah, semua rakyat akan menanggung derita dan sengsara, sesama kaum akan merasa curiga dan mencurigai, tiada lagi hidup selesa dan harmoni.

Oleh itu, Pihak yang berwajib kena peka, Tindakan segera perlu sebelum luka menjadi kudis dan menanah membengkak menjadi barah. Ikutlah contoh diatas, bertindak segera, Rakyat Malaysia yang sejati tidak kira Melayu, Cina, India, Kadazan, dusun, Murut, Orang Asli dan lain2 lagi mahukan keharmonian kekal bagi kehidupan yang selesa dan harmoni.

Monday, March 26, 2012

PANAS - BERISTERI 2 ADALAH DOSA BAGI PEMBANGKANG


"YANG MANA SATU ISTERI NOH OMAR BAKAL CALON MB SELANGOR JIKA UMNO MAMPU RAMPAS KEMBALI SELANGOR???....ATAU KEDUA-DUANYA SEKALI....TETAPI MENGAPA CARA HIDUP ISTERI TUA DAN NOMBOR DUA TAK SAMA???....MACAM INI NAK JADI PEMIMPIN KE????"


Ini lah kenyataan terdesak puak-puak pembangkang dalam menyerang Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.
KESALAHAN NOH OMAR ADALAH BERGAMBAR BERSAMA ISTERI BELIAU.
Apakah pembangkang sudah begitu ketandusan isu hingga hilang punca untuk mencari keburukan pemimpin Selangor ini hinggakan isteri 2 pun dijadikan satu isu dan digambarkan seolah2 Noh Omar telah melakukan satu dosa besar dan kesalahan yang amat berat.
Kesalahan Noh Omar beristeri 2 amat berat dan lebih berat dari dosa bersama isteri orang dalam bilik hotel pada jam 3 pagi dengan alasan memberi nasihat agar taat pada suami?
Atau bagi puak pembangkang ini, adalah menjadi 1 dosa jika Noh Omar beristeri lebih dari 1 malah lebih besar dosa itu dari melanggan China Doll hingga tertinggal JAM OMEGA akibat terlalu syok dan NikMat.
Pada puak pembangkang ini, berselingkuh dengan isteri teman rapat adalah bukan dosa, bercumbuan dengan isteri kawan hingga bau p**i Mah masih melekat dimuka bukan kesalahan, malah bagi mereka, berkongsi isteri antara pemimpin adalah kebajikan.
Bagi mereka, jika pemimpin UMNO beristeri lebih dari satu adalah kesalahan, walaupun disisi agama ianya dibenarkan.
Gaya hidup yang berlainan antara isteri-isteri juga satu kesalahan yang berat walaupun keadilan rumahtangga itu terletak pada keperluan setiap isteri, bukan sama rata dan sama rasa. Ini adalah kerana keadilan itu meletakkan sesuatu itu pada tempatnya yang betul dan tepat.
Bagi Puak pembangkang ini, adalah satu kebajikan jika hidup seperti ADUN Bukit teLANJANg yang hidup bersekedudukan bersama pemuda Islam kerana puak pembangkang lebih MEMENTINGKAN HAK ASASI. Sebab itulah bagai nak rak muslimah PAS menangis menyokong gaya hidup bersekedudukan ADUN Bukit teLANJANg ini .
Jika inilah budaya yang Puak Pembangkang ini bawa, fahamlah kita kenapa rumah urut dan maksiat tumbuh bagai cendawan tumbuh selepas hujan di Negeri SELANGOR DARUL SAMPAH. Fahamlah kita kenapa gejala murtad bukan lagi satu masalah besar buat mereka, dan fahamlah kita kenapa PERJUANGAN NEGARA ISLAM DAN HUDUD DIBUANG DARI PERJUANGAN PAS DAN DIGANTI DENGAN NEGARA KEBAJIKAN YANG BERKITABKAN BUKU JINGGAY SEBAGAI KITAB AGUNG MEREKA.

Inilah PENYELEWENGAN YANG NYATA LAGI TERANG DARI PUAK PEMBANGKANG INI.....
Inilah PENYELEWENGAN YANG WAJIB KITA TENTANG.
Inilah PERJUANGAN KITA, MENEGAKKAN KEADILAN BAGI SEMUA.

Saturday, March 24, 2012






Salam,
Kembali menulis setelah sekian lama menyepi atas sebab2 tertentu. Hari ini aku nk bawakan kisah sedih rakyat di Selangor......
Pada masa BN memerintah, satu kawasan di Bestari jaya dibuka dan diberikan pada beberapa usahawan untuk diusahakan dengan tanaman untuk pusat pengeluaran makanan negeri Selangor. Kawasan ini dinamakan TAMAN TEKNOLOGI PERTANIAN,
Ramai usahawan dilahirkan dan dipupuk disini dengan bantuan kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sebagai tulang belakang dan FAMA sebagai agensi penyelaras.
Setelah sekian lama usahawan ini menumpahkan keringat dan air mata bagi meraih kejayaan, setelah mereka mengharungi suka duka, bila mereka sudah berjaya, Kerajaan PR dengan ZALIMNYA mengusir mereka dari tanah yang mereka usahakan itu.
Inikah yang dinakana KERAJAAN BERKEBAJIKAN?
Dimana kebajikan yang kerajaan PR bagi pada rakyat Selangor?
Apakah dengan mengusir mereka ini, kebajikan dapat di tegakkan?
Ingat, bukan semua mereka kaya, ada yang susah, ada yang miskin, hingga mereka meminjam dari Tabung Amanah Ikhtiar untuk berkebun, Jika tanah usaha mereka dirampas, mereka diusir, siapakah yang akan memberikan makan pada keluarga mereka?
Siapakah yang akan membayarkan kembali pinjaman Tabung Amanah Ikhtiar Mereka itu?

Inilah KEZALIMAN YANG NYATA LAGI TERANG DARI KERAJAAN BERKEBAJIKAN PR.....
Inilah KEZALIMAN YANG WAJIB KITA TENTANG.
Inilah PERJUANGAN KITA, MENEGAKKAN KEADILAN BAGI RAKYAT