Friday, May 22, 2009

Perak - salah siapa

Kekalutan Perak terjadi dan Pakatan Pembangkang melaungkan mereka adalah jaguh rakyat yang berada di atas landasan kebenaran, tetapi mereka tertinggal satu perkara asas, prinsip demokrasi yang katanya semakin lebur di Malaysia. Dalam prinsip demokrasi yang Pakatan Pembangkang agung-agungkan, semua sedar bila sokongan pada satu pihak melebihi pihak yang lain, maka pihak yang minoriti terpaksa mengalah dan menyerahkan kuasa pada pihak yang majoriti.
Kekalutuan ini tidak akan terjadi jika Nizar dan Pakatan Pembangkang menghayati benar-benar erti demokrasi, membiarkan pihak majoriti mengambil alih kuasa kerana beliau sudah menjadi minoriti. Tapi bila Nizar yang mendapat nasihat yang salah, berkeras tidak mahu menghayati demokrasi, maka kekalutan terjadi.
Semua pihak kena sedar, pihak majoriti, walaupun dengan satu undi, maka majoriti akan memimpin minoriti. Pihak minoriti pula kena akur dengan keputusan ramai dan serahkan kuasa dengan cara terhormat, maka kemelut tidak akan terjadi.
Pada saya, kemelut ini adalah akibat kedegilan minoriti (Nizar) mengakui hakikat dan kenyataan. Jika semua pihak akur dengan prinsip, maka Perak akan aman dan sentosa sekarang.
Pada saya, kekalutan ini adalah kesalahan 100% kesalahan Nizar dan Pakatan Pembangkang. Ayuh, Pakatan Pembangkang, kembalilah pada prinsip yang anda sendiri laung-laungkan, terimalah hakikat dan jika ada rezeki, dalam PRU 13, anda ambillah kembali Perak jika rakyat mahu begitu. redakan kekalutan Perak dengan kembali ke pangkal jalan. Terimalah yang majoriti dan anda sebagai minoriti, undurlah. Dunia dan Rakyat Perak akan menilai...........

No comments: