Thursday, March 12, 2009

DI SEBALIK KEKEBALAN AHLI PARLIMEN

“Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo, selain dari menunjukkan sikap kurang ajar, rupa-rupanya hanya berani bercakap besar di dalam dewan dengan berselindung di sebalik kekebalan sebagai ahli parlimen
Ini terbukti apabila beliau diminta mengulangi tuduhan liarnya bahawa Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah seorang pembunuh dalam kes pembunuhan Altantuya yang kini sedang dibicarakan di mahkamah.

“Saya tidak mahu ulang kerana dalam Dewan saya dilindungi oleh kekebalan Ahli Dewan,” katanya kepada pemberita di lobi parlimen selepas diarah keluar oleh Timbalan Speaker, Datuk Ronald Kiandee.” -- Agenda Daily 12.03.09

Rupanya Ahli Parlimen pembangkang dua beranak Singh ini hanya menggunakan parlimen dan kekebalannya untuk berlagak kurang ajar, celupar dan menuduh tanpa bukti.
Bila di minta mengulang tuduhan di luar dewan, mengemukakan bukti tuduhan, mereka mengelak, kerana mereka pengecut, kata orang ‘tak ada telor’.
Maka benarlah bahawa mereka berdua anak beranak Singh ini memang CELAKA dah TERKUTUK………

Tuesday, March 3, 2009

KARPAL DAN CELAKANYA

Maka terdengarlah perkataan dari Karpal Sink di Parlimen 'CELAKA INI PEMUDA UMNO'. satu ungkapan yang amat tidak sesuai dari mulut seorang ahli parlimen. Tapi bila di fikirkan, memang lah sebab tu munasabah, kerana Karpal ni memang celaka, tidak pernah nak belajar tata susila masyarakat Melayu. Perkataan celaka memang bermain di bibirnya sebab dia memang orang yang celaka.

Dari sudut politik pula, perkataan ini di lafazkan biasanya oleh orang yang kalah dalam permainan, kalah judi atau kalah dalam mana-mana pertandingan. Karpal Sink ini adalah individu yang terpinggir. Terpinggir dalam partinya kerana walaupun seorang pengerusi, dia tiada pengaruh, tiada wibawa. Rasanya jawatan pengerusi tu hanyalah sebagai gula-gula supaya dia tidak meraung satu dunia mengatakan dia di pinggirkan walaupun hakikatnya begitu.

Untuk membuktikan kenyataan ini, kita lihat masa sidang akhbar di mana beliau mengamuk menyalahkan anwar Ibrahim bila Perak tumbang. ungkapan 'saya adalah pengerusi DAP', tetapi setiausaha dan puak-puak sebelah sana langsung tak ambik pot. setiausaha DAP dan geng sebelah sana buat derk jer, makin marah dia.

Untuk melepaskan kemarahanya, dia mula cari sasaran, maka pemuda UMNO adalah sasaran yang sesuai untuk di tohmah dan dia tau tindakannya akan di sokong oleh yang lain. Ini kononnya untuk menunjukkan dia tidak terpinggir.

Oleh itu, kita kena faham , sebagai OKU yang terpinggir, hati mana yang tidak hiba, tidak terasa. Oleh itu, untuk melepaskan kemarahan, untuk melepaskan emosi, kadang-kadang dia kan mengeluh, 'ADUH, BETAPA CELAKANYA NASIB AKU INI' atau dia akan marah orang lain, biasa la tu caci maki tu kan bila marah.

Oleh itu, Fahamilah hati OKU tua yang dah nyanyuk, terpinggir dan tidak di endahkan, betapa sunyinya dia, betapa CELAKANYA DIA.

Kesian dia............

Tuesday, February 24, 2009

Lembu MB Selangor

Terdengar MB Selangor berucap di perhimpunan kakitangan, lebih kurang begini,......

Saya tidak takut sebab saya menderma untuk orang susah, saya tak makan lembu tu, malah tak nampak pun lembu tersebut, jadi buat apa saya takut!!!!!!!!!!

Pada pandangan saya, menderma tak salah, buat korban pun tak salah,
yang salahnya, cara bagaimana nak menderma.
Yang salahnya, cara membayar harga lembu korban tersebut.
Yang salahnya, niat lembu tersebut di beri, untuk politik atau ikhlas.

Prinsip asas adalah 'MATLAMAT TIDAK MENGHALALKAN CARA'

Kalau kita nak menderma, niatnya baik, tapi tak boleh curi duit tersebut,
Kita bukan Robin Hood dan Zorro yang menghalalkan cara curi dan rompak untuk bela orang susah. Ini sudah salah dan melanggar hukum. berdosa tau

Kalau nak bayar lembu korban, pakai duit sendiri.

Kalau niat tak ikhlas, nak kepentingan politik, korban tersebut tak di terima Allah.
Sebab tuhan tak terima sebab ada ikhlas, ada udang di sebalik batu la kiranya, tu ustaz aku yang cakap dulu, masa aku kecik-kecik dulu.

Cuma sekarang aku tak faham, Pakatan Rakyat ada PAS yang banyak ustaz, Ada PKR yang sentiasa melaungkan bersih rasuah dan salahguna kuasa dan duit, hal ni semua mereka sokong, semua mereka kata boleh, dah tu salahkan orang lain buat hal, orang lain yang tegur cara mereka tu.

Ntah la, apa nak jadi........

Sunday, December 21, 2008

Ketuanan melayu dan hak istimewa Melayu

Tuan/Puan,
Sejak kebelakangan ini, terutama setelah 8 March,, Telah hangat di perkatakan dan di pertikaikan mengenai hak Melayu dan istilah pendatang. Yang bercakap buta sejarah. Setelah melayari internet, saya terjumpa beberapa ucapan ketua dan pemimpin kaum India dan Cina mengenai melayu selepas merdeka.
Di sini saya perturunkan untuk tatapan dan analisa bersama:


KETUANAN MELAYU, HAK ISTIMEWA ORANG MELAYU DAN ISTILAH PENDATANG

Tun Tan Siew Sin, Presiden MCA dalam akhbar tempatan bertajuk “Tun Tan Answers Critics on Special Privileges” dalam ucapan pada 30 April 1969.
“The Malays, through UMNO, were generous enough to relax the citizenship laws of this country to such an extent that within 12 months of independence, 90 percent of the non-Malays had become citizens whereas before independence 90 percent were still non-citizens after nearly 100 years of colonial rule in the Malay States. In return for this major concession, the MCA and the MIC agreed to continue the policy of preserving the special position of the Malays while at the same time upholding the legitimate interests of other communities.’’

Terjemahan :
Dalam ucapannya bertajuk Menjawab Kritikan Mengenai Keistimewaan Orang Melayu, yang dilaporkan akhbar pada 30 April 1969, Presiden MCA, Tun Tan Siew Sin berkata Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu telah menjadi warganegara, berbanding keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih bukan diiktirafkan sebagai rakyat setelah hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah di negeri-negeri Melayu. Dan sebagai membalas kemurahan hati Orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa Orang Melayu dan sekali gus mempertahankan kepentingan-kepentingan sah masyarakat kaum lain.
Sumber : Tan Sri Haji Khalid Awang Osman, Malaysia – An Anthology,
Vantage Press, New York, tanpa tarikh, halaman 38-39.

Ucapan YB Tun V.T. Sambanthan, Presiden MIC merangkap Menteri Kerja Raya, Pos dan Telekom di Dewan Rakyat pada 01 Jun 1965.
“Now, in 1955 we won the elections with a great majority. Then we obtained freedom in two years time. During this period, we had to discuss citizenship and various other things. Now, what did the Malays do – since we are speaking on racial lines – what did the Malay leadership do? They had 88 percent of the electorate still with them. What did they do with citizenship?
If we look around in Asia and East Asia, particularly, you will find that my race the Indian race, is not welcomed in Ceylon, is not welcomed in Burma. Look at my brother Chinese race, it is not welcomed in Thailand, in Vietnam, in Cambodia, in all the other areas. What help do they get for citizenship in all these territories? In Burma, as we know, Indians have been send packing, in Ceylon they refused them citizenship and in Burma it is likewise. I know it, you know it. And yet in Malaya what happened? Here, we found that the Malay leadership said, “ We shall take them unto ourselves as brothers, we shall give them full opportunity to live in this country, we shall give them every opportunity to become citizens”. And so, in 1957, for the whole year, we waived language qualifications, and tens of thousands of Indians, Chinese, Ceylonese and others became citizens...
As I said, it has been my great good fortune to have been born in this country. Where else can you find a more charitable, a more polite, a more decent race than the Malay race? Where else can you get such politically decent treatment for any immigrant race? Where else in the history of the world ? I ask you. These are the fects. Who are you to safeguard us? I am 10 percent minority race here. But I am happy here.”

Terjemahan :
Pada 01 Jun 1965, Tun Sambanthan merangkap Menteri Kerja Raya, Pos dan Telekom dalam ucapanya berkata, “Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi selanjutnya mendapat kemerdekaan dua tahun kemudian.

Dalam jangka masa itu kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh Orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman? Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Dan lihat kepada saudara kita kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Dan apakah bantuan berhubung kewarganegaran yang mereka perolehi di semua wilayah tersebut?

Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum india telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf wargenagara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Dan dalam pada itu apa yang sedang berlaku di Malaya?

Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, “ Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka setiap peluang untuk menjadi warganegara. Dan seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu), ribuan orang India , Cina dan Ceylon menjadi warganegara”.

Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh jumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun, dan tertib selain dari Bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.”
Sumber : Tan Sri Haji Khalid Awang Osman, Malaysia – An Anthology,
Vantage Press, New York, tanpa tarikh, halaman 60

Monday, November 24, 2008

PAS – DULU DAN SEKARANG

DULU…
Kata PAS: UMNO menjadi kafir kerana berkerjasama dengan parti-parti kafir seperti MIC dan MCA. “Sesiapa yang reda dengan kufur maka dia menjadi kufur..” (Kuliah Di Marang 1983)

SEKARANG…
PAS berkerjasama dan berpelukan dengan DAP dan calon-calon bukan Islam dalam pilihanraya ke-11 & 12.

DULU…
Kata PAS: “Haram orang Islam memangkah calon yang kafir. Ini kerana Allah mengharamkan melantik orang kafir menjadi pemimpin”.

SEKARANG…
Dalam pilihanraya ke-12 PAS meminta ahli-ahlinya memangkah calon bukan Islam dari parti PKR dan DAP. Bahkan PAS meredai Guan Eng sebagai pemimpin mereka di P.Pinang.

DULU…
PAS kata: “Kerajaan BN adalah kerajaan mungkar kerana membiarkan kilang-kilang arak dan kelab-kelab malam beroperasi”

SEKARANG…
Selepas PAS dan rakan-rakan menang di Selangor, mereka tidak pula membantah kilang-kilang arak yang besar-besar di negeri itu seperti Carsberg di Shah Alam dan Kelab The Ship yang PAS begitu marah pada masa lalu.

DULU…
PAS kata kepada Pak Lah semasa beliau TPM diarahkan mengawal virus JE: “Badawi di arab jaga unta, badawi di Malaysia jaga babi."

SEKARANG…
Kerajaan Selangor dan Kedah yang disertai oleh PAS cuba mengendalikan urusan babi bahkan mencanggihkan ladang babi, tak pulak PAS kata kerajaan mereka ‘kerajaan babi.

DULU…
PAS kata: Tun Dr. Mahathir firaun, thaghut, dosanya tidak terampun, perosak negara, kejam dan berbagai lagi.

SEKARANG…
Bila Tun Dr. Mahathir kritik Pak Lah, PAS puji Tun Dr. Mahathir, ada pemimpin pemuda PAS yang cium tangan Tun Dr. Mahathir semasa dia ceramah di Tmn Melewar. PAS kata: “Tun Dr. Mahathir bijaksana, negarawan terbilang, sangat berjasa, kuat memikirkan kepentingan negara, Malaysia memerlukan orang seperti Tun Dr. Mahathir bukan Pak Lah”.

DULU…
Masa Anwar Ibrahim duduk dalam UMNO, PAS kata: “Anwar munafik, pengkhianat agama, jual agama, berpura-pura…”

SEKARANG…
Bila Anwar kena pecat, PAS kata: “UMNO buang Anwar sebab dia pejuang Islam, dia memerangi rasuah dan itu tandanya UMNO anti-Islam”.

DULU…
Masa Anwar dituduh dengan tuduhan seks, PAS kata: “Dalam Islam tidak boleh tuduh orang dengan tuduhan seks, melainkan kena ada empat orang saksi”. Macam tu juga depa kata semasa Mat Sabu dituduh berkhalwat.

SEKARANG…
Bila PAS ceramah, ramai penceramah PAS tuduh pemimpin UMNO dengan tuduhan seks dan berbagai, PAS kata: “Ini tujuannya untuk menegakkan Islam iaitu Amar Makruf dan Nahi Mungkar..”

DULU…
PAS kata: “Sesiapa yang menolak hudud kerana masyarakat majmuk maka dia menjadi kafir”

SEKARANG…
PAS Kedah yang baru memerintah kata: “Kedah tidak boleh buat macam Kelantan dalam semua benda seperti tutup pusat judi, sebab di Kedah ramai orang bukan Islam, bukan macam Kelantan.

DULU…
PAS kata: “Bersekongkol dengan parti politik yang tidak bepegang dengan dasar Islam jadi sesat atau kufur”.

SEKARANG…
PAS berkawan dan berjihad bersama PKR dan DAP. Bahkan PKR yang memimpin PAS sekarang, sedangkan parti Anwar itu tidak pun menyebut dalam perlembagaannya Islam sebagai dasar, Apatah lagi DAP jelas menentang Islam.

DULU…
PAS kata: “Kerajaan yang tidak berusaha menjalankan hukum hudud adalah kerajaan yang kafir, Quran kata: “Sesiapa yang tidak berhukum dengan hukum Allah, maka mereka adalah orang-orang kafir”.

SEKARANG…
PAS Kedah kata: “Hudud tidak termasuk dalam keutamaan kerajaan PAS Kedah” (Azizan Razak)

DULU…
PAS kata: “UMNO mungkar sebab benarkan pembinaan kuil-kuil yang banyak, terutama Batu Caves”.

SEKARANG…
PAS telah izinkan tokong Buddha tidur yang terbesar di Asia dan patung Anwar terbesar di Batu Caves.

DULU…
PAS kata: UMNO mungkar sebab benarkan geng-geng libaral yang menghina Islam menulis dalam surat khabar seperti Astora Jabat, SIS dan lain-lain.

SEKARANG…
Harakah benarkan Raja Petra yang selalu mempertikaikan Islam menulis dalamnya. Hanya kerana Raja Petra menghentam kerajaan.

DULU…
Amanat Hadi kata: Menentang UMNO adalah jihad dan jika mati adalah syahid sebab UMNO tak pakai undang Islam memerintah.

SEKARANG…
PAS perintah Kelantan dah 18 tahun, Trengganu 4 tahun dan sekarang Kedah, Perak dan Selangor, sekarang kata undang-undang hudud bukan keutamaan PAS. Apakah jika menentang PAS sekarang adalah jihad dan syahid?

DULU…
PAS kata: UMNO tak amanah kerana telah hilangkan banyak duit negara

SEKARANG…
PAS telah lesapkan banyak duit koperasinya sendiri Ko-Hilal. Ahli-ahli koperasi itu semua maklum hal tersebut, wang mereka hilang entah ke mana? Begitu juga wang Pembangunan Komplek PAS di Tanjong Karang


DULU…
PAS kata: “Tidak boleh berkerjasama dengan UMNO sebab UMNO tolak Islam”

SEKARANG…
PAS kerjasama dengan DAP yang selalu dok kata: “Kami menentang negara Islam” (Kit Siang). Bahkan PAS Perak kata: “Kerjasama dalam kerajaan bersama DAP, lebih mulia dari berkerjasama dengan UMNO”.

DULU…
PAS kata: “UMNO tak layak mengaku nak Islam sebab UMNO tidak mempunyai ciri-ciri Islam yang sepatutnya”

SEKARANG…
PAS sekarang berkempen mengwar-warkan bahawa pimpinan tertinggi mereka yang disanjungi di Penang iaitu Lim Guan Eng ingin meniru khalifah Umar bin Abdul Aziz. Apakah iman Guan Eng begitu suci dan sempurna bagi PAS. Mungkin lepas ini PAS akan beritahu bahawa Guan Eng kuat sembahyang tahajud macam khalifah Umar bin Abdul Aziz.

DULU…
PAS kata: “UMNO tidak mahu cegah mungkar masa memerintah”

SEKARANG…
PAS hanya mendiamkan diri dengan berbagai pusat-pusat mungkar yang ada di Perak, Selangor dan Kedah.

DULU…
PAS kata: “Tidak boleh wujudkan jemaah Islam yang lain selain PAS yang merupakan jemaah pertama di Malaya. Mereka yang wujud itu adalah penentang gerakan Islam” (Ketua Dewan Ulama PAS, Harun Taib).

SEKARANG…
PAS meredai kewujudan parti-parti lain seperti PKR, Semangat 46, bahkan berkerjasama dengan begitu erat dengan mereka. Kanapa boleh? Kenapa tak suruh masuk PAS saja?

DULU…
Semasa berkerjasama dengan Parti Semangat 46: PAS memuji-muji Tengku Razali, Rais Yatim dengan pujian yang sakan tentang kebijaksanaan mereka. Bahkan PAS bertakbir dalam majlis mereka.

SEKARANG…
PAS kutuk depa semua dan kata macam-macam. Sedangkan dulu puji sakan dan berlebih-lebihan. Mereka memang asal dari UMNO, adakah PAS lupa? Apakah selepas ini PAS juga akan mengutuk PKR dan DAP jika kerja sama itu gagal?.

DULU…
PAS kata: Tidak boleh berpakat, atau cenderung hati dengan orang kafir yang menentang Islam. Itu boleh batal Islam

SEKARANG…
PAS menerusi PKR berbaik-baik dengan pemimpin HINDRAF yang menentang keistimewaan Islam dalam negara ini. Bahkan PAS kata: “Kita tidak berminat menentang Hindraf, itu hak mereka untuk berdemonstrasi” (Harakah)

DULU…
PAS kata haram menyertai UMNO atau tolong UMNO sebab dasar mereka tak Islam.

SEKARANG…
PAS tak marah pula orang sertai PKR dan DAP, bahkan PAS tolong mereka supaya menang dalam PRU ke-12.

DULU...
PAS amat menentang rasuah dan penyalahgunaan kuasa

SEKARANG...
PAS berdiam diri bila sekutunya menerima 'sedekah' seks dan rasuah.

DULU...
PAS kata ianya berjuang untuk negara Islam

SEKARANG...
PAS hanya mahukan negara kebajikan, bukan negara Islam

Saturday, September 27, 2008

PAS SELANGOR VS PAS TRENGGANU


Berapa orang EXCO PAS yang "memerintah" Selangor? Bagai melukut di tepi gantang!!!!


Abu Bakar kesal kenyataan Khalid

KUALA TERENGGANU –Timbalan Pesuruhjaya Pas Terengganu, Datuk Abu Bakar Chik mencabar Timbalan Pesuruhjaya II Pas Selangor, Khalid Abdul Samad agar mengemukakan bukti ‘perkara tidak betul’ yang dilakukan oleh Pas Terengganu sehingga menyebabkan parti ini kalah pada pilihan raya umum baru-baru ini.

Sambil menyifatkan dakwaan itu sebagai tidak berasas, Abu Bakar kesal kerana kenyataan Khalid mengenai Pas Terengganu sepertidisiarkan menerusi satu laman web baru-baru ini dilihat seolah-olah bersifat sombong.
“Kita sedia dengar kalau tak betul, kita sedia perbaiki.. Kita terima hakikat kemenangan Pas di negeri lain, namun kita tengoklah bagaimana nak pertahankan kemenangan itu pada pilihan raya umum akan datang,” katanya.

Dalam laporan itu, Khalid dipetik sebagai berkata, walaupun Pas Selangor lebih lemah, tetapi berjaya membentuk kerajaan di negeri itu dan meminta Pas Terengganu memikirkan strategi atau kaedah tertentu untuk menerajui Terengganu kelak.

Sinar harian - 28/09/08


Merujuk kepada berita di sinar harian, terfikir juga saya bahawa dalam parti PAS ini telah ujud bermacam-macam situasi yang bergolak. Akhir-akhir ini banyak di sebutkan bahawa UMNO sedang bergolak hebat, tetapi rupanya PAS lagi hebat bergolaknya. Ni perang antara negeri negeri. Bukan alang-alang bergolak, dh nak sampai jadi perang saudara.

Apa yang kita lihat, PAS Selangor makin sombong kerana dapat menjadi kerajaan walaupun HANYA ADA 8 KERUSI!, Dengan 8 kerusi tersebut mereka mendabik dada mengatakan mereka telah menang. ini lah mentaliti PAS, jenis tidak sedar diri, kerana dengan 8 kerusi, dapat memerintah tapi tidak ada kuasa. Semuanya di tentukan oleh orang lain. PAS apa yang ada, dah la kerusi sikit, kuasa pun tak ada. Pesuruhjayanya yang jadi exco sedang pening kepala, kerana walaupun dalam bidang dan di bawah tadbiran exco beliau, kerja tersebut di serahkan MB pada orang PKR, jadi PAS hanyalah menumpang. Kadang=kadang menjadi seperti MELUKUT DI TEPI GANTANG, TIDAK DI PERDULIKAN OLEH PKR DAN DAP. Oleh itu, pemerintahan hanya pada nama, tapi bukan hakikatnya, sama saja dengan PAS Trengganu yang kalah tu.

dari perengggan terakhir tu, kita nampak, PAS Trengganu tidak yakin PAS Selangor akan dapat mempertahankan kemenanganya di Selangor( betul ker PAS Selangor menang? ). betul lah apa yang di katakan oleh Pesuruhjaya PAS Trengganu tu, sebab kerajaan PR ini telah nampak busuk tembelangnya.
Berbagai janji yang tidak tertunai, pengkhianatan mereka pada umat Melayu dan Islam, Kerajaan Selangor ini di lihat terpesong jauh dari menifesto mereka. Ini membangkitkan kemarahan umat Melayu Islam dan menanti masa membalas penkhianatan mereka melalui undi dalam PRU 13 nanti.
PAS yang jadi boneka tidak akan dapat memberikan kebajikan pada rakyat, malah mengkhianati mereka dengan meruntuhkan hak Melayu. Keyakinan rakyat pada mereka telah luntur, Rakyat ingat ini dan akan memberikan pembalasan pada mereka.

Thursday, September 25, 2008

"SEDEKAH" MELALUI KACAMATA PAKATAN RAKYAT



Anggota Majlis Daerah Perak Tengah, Zul Hassan, menyamakan habuan seks dengan sedekah setelah mendakwa dirinya diperangkap oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) melakukan perbuatan itu dengan seorang wanita dari China,
Zul, seorang anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR), membuat kenyataan itu selepas mengadakan pertemuan dengan Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) untuk meminta jabatan itu menyiasat dan mengambil tindakan terhadap orang tertentu yang kononnya telah memfitnah, menghina dan menganiaya beliau kerana mendakwa dia terlibat dalam skandal seks membabitkan wanita dari China itu.

Ulasan:
heran juga yer, bila membuat maksiat, tidak fikir dosa dan pahala, bila kena tangkap dan dakwa, orang lain pulak di tuduh membuat kospirasi memerangkap beliau.
Sepatutnya. kalau beliau tahu itu haram dan salah, jangan terima "sedekah" tu.
Tahniah pada MB Perak dan kerajaan Pakatan Rakyat Perak, kerana dapat melahirkan ahli majlis yang begitu menghargai "sedekah" . Rasanya la, kerajaan Pakatan Rakyat Perak ni lebih islamik kot, setelah MB nya membuang slogan membangun bersama Islam untuk pangkat dan kuasa. Ish, ish, Dunia, dunia.
Satu lagi mercu tanda pakatan rakyat di Malaysia