Itu adalah dasar dan hasrat PM yang merasakan dan melihat satu perubahan politik telah melanda Malaysia. BN tidak boleh lagi mengamalkan cara lama berpolitik, iaitu membentuk persepakatan melalui kumpulan parti-parti yang berasaskan kaum, iaitu Melayu dengan UMNO, MCA dengan Cina dan MIC dengan India.
Angin perubahan yang di bawa oleh Anwar dengan cogankata Harapan Baru telah menarik minat bukan melayu untuk menyokong pakatan pembangkang. Sehingga hari ini, sokongan bukan melayu terhadap pembangkang makin berkembang dan ini dapat di lihat dan di rasai oleh PM.
Oleh yang demikian, jika PM tidak mengenalkan satu dasar baru yang menyerupai atau menyamai konsep Harapan baru yang di bawa oleh Anwar, BN akan terus tertinggal dan makin tidak releven kepada rakyat amnya, dan bukan melayu khususnya.
Adalah di rasakan, dengan konsep satu Malaysia ini, ia akan menyaingi konsep Harapan Baru. Dengan konsep ini, sedikit sebanyak ia akan dapat menarik kembali sokongan bukan melayu kepada BN. Apa yang penting sekarang ini adalah menyaingi konsep harapan baru, memberikan gambaran dan persepsi bahawa apa yang di bawa oleh anwar hanyalah angan-angan, kerana mereka tidak ada kuasa untuk melaksanakannya, tetapi konsep dan gagasan satu Malaysia ini boleh di laksanakan, boleh berjaya dan dapat di realisasikan kerana BN mempunyai kuasa dan dengan kuasa ini, semuanya akan dapat di implementasikan dengan kebarangkalian untuk berjaya adalah tinggi.
Inilah tindakan susulan oleh PM setelah desakan akar umbi UMNO dan BN untuk berubah. Tindakan berubah dari lanskap politik lama kepada lanskap politik baru ini memerlukan keberanian, memerlukan kesungguhan dan memerlukan komitment untuk di capai walaupun pada mulanya ianya di ragui keberkesanannya. Ramai yang tidak yakin ianya akan berjaya seperti konsep Islam Hadhari yang lenyap dengan persaraan Pak Lah.
Seperti yang di sebutkan tadi, konsep atau pendekatan baru ini yang tidak membezakan bangsa pada yang tersurat, PM Najib berupaya meraih kembali sokongan bukan melayu dengan kepintaran memulihkan ekonomi. Kaum bukan Melayu, khususnya Cina amat takut andainya ekonomi jatuh dan mereka menanggung kesan kemelesetan ekonomi dalam jangka masa panjang kerana mereka bergantung kepada perniagaan. Sejarah kemelesetan ekonomi di Indonesia lewat 90an di mana Cina kaya di rompak dan terpaksa lari keluar Negara bila ekonomi jatuh dan tidak stabil dalam jangka masa panjang. Jika factor ini di ajukan pada kaum Cina, dengan tawaran yang baik, sokongan akan kembali memihak pada BN.
Untuk kaum Melayu pula, jika trend pengundian Pilihanraya Bukit Gantang di jadikan sandaran, sokongan Melayu terhadap UMNO dan BN telah meningkat dan tidak mustahil dengan tindakan pemimpin UMNO yang mahu berubah ke pangkal jalan, sokongan seperti dahulu dapat di raih kembali.
Walaubagaimana pun, beberapa kekangan terhadap konsep ini,
i. Kebimbangan Melayu pada konsep ini di mana sangka mereka Melayu akan di abaikan oleh UMNO dan BN
ii. Kaum Cina akan merasakan mereka istimewa dan akan meminta (demand) kepada kerajaan dan meminta yang bukan-bukan.
iii. Kaum India merasakan mereka juga terpinggir dan akan mengugut kerajaan dengan permintaan yang bukan-bukan juga seperti Cina.
iv. Pembangkang akan melontarkan isu yang PM tiada idea dan hanya meniru konsep Harapan Baru mereka.
v. Pemimpin politik tidak dapat berubah mengikut rentak najib dan akan terbawa-bawa perangai lama.
vi. Pegawai kerajaan tidak jelas kehendak dan matlamat PM dan mereka tidak ada arah dalam perlaksanaan kerja dan tidak effisien.
Beberapa cadangan untuk memastikan konsep ini lebih berjaya dan terlaksana
i. Penerangan yang menyeluruh kepada semua golongan, semua kaum dan semua lapisan masyarakat dari rakyat bawahan kepada pegawai kerajaan dan seterusnya pemimpin perlu di buat agar mereka paham dengan kehendak PM dalam konsep ini.
ii. Pemulihan ekonomi yang cepat dan PM dapat membawa Malaysia keluar lebih awal dari kemelesetan ekonomi.
iii. Membetulkan pemimpin kita agar mereka dapat berubah dan menghayati apa itu perubahan yang di desak oleh rakyat dan akar umbi.
iv. Penambahbaikan delivery system yang terlibat secara langsung dengan rakyat.
v. Menambah tekanan kepada pembangkang dan menyekat mainan persepsi mereka.
Adalah di yakini, dengan beberapa langkah berani untuk berubah, sokongan rakyat pada BN akan dapat di kembalikan dan BN akan lebih releven pada masa akan datang.
Wednesday, May 20, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment