Monday, July 14, 2008

Menanti buah gugur

MENANTI BUAH GUGUR

Selepas lebih 100 hari memerintah, kerajaan PR di Selangor masih lagi belum terlepas dari ‘culture shock’. Masalah-masalah dalaman makin menghimpit, manakala masalah luaran, berkaitan pemerintahan, kebajikan rakyat dan ketelusan yang menjadi agenda utama mereka makin terhakis.
Masalah dalaman seperti hilang kepercayaan akar umbi PKR kepada MB Selangor seperti yang kita lihat makin serius. Bermula dari penggantungan setiausaha Perhubungan PKR negeri, yang membawa kepada perletakan jawatannya, adegan cabar mencabar untuk meletak jawatan, sehinggalah yang terkini melarat kepada ketidak seimbangan tentang pengagihan kerusi ahli majlis. Semuanya menimbulkan tanda tanya dan ketidak puasan hati samada akar umbi PKR atau pun parti komponen dalam PR sendiri.
Dari sehari ke sehari, PR Selangor makin rapuh oleh agenda parti politik yang menjadi komponen dalam PR. DAP dengan politik menjaga satu kaum, PAS terus terpinggir dengan laungan membangun bersama Islam yang makin hari makin lesu dan tidak bermaya, manakala PKR pula sibuk mengaut keuntungan dari kemenangan PR samada dari aspek pertambahan ahli atau kerusi ahli majlis.
Mentaliti mereka juga tidak berubah, masih belum sedar mereka adalah pihak yang memerintah Selangor. Mereka masih ghairah berceramah di serata tempat, menggunakan kemudahan yang baru mereka kecapi seperti dewan-dewan dan stadium. Ceramah dan forum perdana tumbuh dan di adakan semakin kerap. Melalui ceramah ini, mereka masih memperkatakan kelemahan BN, Mereka masih di takuk lama, sedangkan DAP sudah jauh kehadapan dalam memperjuangkan hak kaum tertentu. Tiada agenda konkrit untuk kaum Melayu dan Agama Islam. Tiada rancangan tersusun bagi belia Melayu dan Islam untuk bangun dan meraih segenap peluang yang ada. Tiada agenda perdana untuk petani dan nelayan, tiada dana dan kemudahan khusus untuk belia dan siswazah dan tiada premis khusus tanpa sewa untuk para peniaga melayu.
Semua faktor di atas, membuatkan rakyat yang memilih mereka mula mempersoalkan credibility kerajaan PR kini. Kemana arah tuju dan haluan Mereka. Kemana rakyat hendak di bawa? Rakyat mula bertanya, Bila lagi janji-janji manifesto pilihanraya akan di tunaikan. Rakyat sudah lama memanti, Ibu tunggal dan suri rumah telah lama menunggu elaun sara hidup bulanan untuk mereka. Ibu bapa yang ada anak di Tadika dan nurseri masih mengharap elaun bulanan untuk anak-anak mereka di masukkan kedalam akaun anak-anak mereka. Belia yang nak berkahwin, masih menanti, bilakah kerajaan PR akan memberikan sebahagian duit hantaran untuk mereka melangsungkan perkahwinan? Janganlah sehingga mereka mendapat 2 atau 3 anak, bantuan hantaran masih tidak di perolehi.
Mereka memangkah PR kerana janji PR dalam manifesto pilihanraya mereka, Mereka berkorban masa depan untuk member peluang kepada PR kali ini. Oleh itu adalah tidak salah bagi mereka menagih apa yang telah di janjikan kepada mereka setelah PR menang dan dapat membentuk kerajaan. Itu hak mereka sebagai rakyat. Apakah mereka sedang menanti buah yang tidak akan gugur???????

PENERANGAN ISLAM HADHARI






Majlis Penerangan Islam Hadhari
Assalamualaikum.

Alhamdulillah, dapat lagi saya meluangkan masa menulis di dalam blog ini.

Semalam (9 Julai 2008), saya telah dijemput ke Majlis Penerangan Islam Hadhari anjuran JASA Negeri Selangor dengan kerjasama UMNO Bahagian Tanjong Karang.

Turut hadir adalah Menteri Pembangunan Usahawan & Koperasi merangkap Ketua UMNO Bahagian Tanjong Karang, YB Dato' Noh b. Omar dan ADUN-ADUN di bawah Parlimen Tanjong Karang.

Saya telah menyampaikan penerangan kepada para AJK 4 Peringkat UMNO Tanjong Karang berkaitan Islam Hadhari, sepertimana yang saya sampaikan di mana-mana tempat yang pernah saya kunjungi sebelum ini.

Saya telah menegaskan kepada para hadirin bahawa Islam Hadhari telah disalahertikan selama ini oleh pihak-pihak yang berkepentingan. Ingin saya ulang untuk kesekian kali, Islam Hadhari adalah merupakan cara atau kaedah pihak kerajaan pimpinan Pak Lah di dalam mentadbir negara. Ianya bukanlah suatu agama baru yang terpesong daripada ajaran Islam.

Islam pada masa kini sering dikaitkan dengan kemiskinan. Belum ada mana-mana negara Islam di dunia ini yang berjaya mengangkat martabat warga Islam. Oleh yang demikian, Islam Hadhari wajar disokong bagi mencapai matlamat membangunkan ummah di Malaysia khususnya dan di dunia amnya.

di ambil dari - http://zaisakom.blogspot.com/

Saturday, July 12, 2008

TSUNAMI POLITIK KE 2





Umum telah tahu bahawa tsunami politik telah melanda negara pada 8 hb Mac yang lalu, telah mengejutkan ramai rakyat, di samping merobah lanskap politik Negara. Scenario yang terhasil dari tsunami itu seperti yang kita lihat hari, di mana 5 negeri telah di perintah oleh gabungan parti-parti pembangkang yang kita lihat tiada tunjang, tidak seperti BN yang di tunjangi oleh UMNO. Tapi bukan soal siapa yang dominan yang saya ingin bicarakan hari ini.

Setelah dapat memerintah beberapa negeri selepas pilihanraya lalu, Pakatan parti ini menamakan diri mereka “Pakatan Rakyat”, telah mengalami beberapa “culture shock”,. Ibarat budak sekolah tingkatan satu yang baru masuk ke asrama, ‘culture shock” ini menjejaskan kitaran hidup mereka. Mereka masih belum selesa dan tidak dapat menyesuaikan diri dengan keadaan baru dan bergelar pemerintah. Mereka masih lagi terbayang bayang mereka adalah pembangkang, jadi mereka masih beraksi sebagai pembangkang. Tugas utama pembangkang adalah mencari salah kerajaan dan berceramah membongkar kisah kisah sensasi penyelewengan dalam kerajaan terdahulu.

Dalam ghairah mencari salah kerajaan BN lalu, mereka terlupa bahawa mereka adalah pemerintah dan kerajaan kepada sebuah negeri. Mereka lupa manjadi kerajaan bukanlah mudah seperti berceramah, menuduh orang itu rasuah, menuduh orang ini salah guna kuasa. Pemerintah perlu adil pada semua orang, perlu jaga hati dan perasaan penyokong, menghargai pengundi yang memenangkan mereka.

Oleh itu, bila berdepan dengan dilemma ini, samada membuat sokongan kepada sesuatu projek atau kerusi kepada samada rakyat yang berkelayakan atau penyokong kuat parti, mereka hilang arah. Menteri Besar Selangor , seorang tokoh korporat yang gah, telah hilang arah dan bekerja memerintah Selangor dengan prinsip sebuah syarikat korporat. Beliau lupa bahawa memerintah negeri perlu pengetahuan dan prinsip politik. Maka jadilah pemerintahan ala diktaktor.

Oleh itu, terjadilah kekalutan dalam pemerintahan kerajaan baru sekarang. Episode bermula dari sepucuk surat sokongan dari pegawai khas menteri Besar , satu demi satu episode mengegar dan menggoncang kerajaan baru di terajuinya itu. Tindakan kerajaan ini tidak selaras dengan konsep yang dilaungan oleh mereka. Pada hari ini, semua yang di laungkan ada pada kerajaan BN dahulu seperti kronisma, salah guna kuasa dan penyelewengan terjadi dalam kerajaan negeri Selangor. Tiada lagi ketelusan, semuanya bergantung kepada keputusan seorang MB yang ala diktaktor, iaitu Tan Sri Khalid Ibrahim.

Kalau dulu dalam pentadbiran BN, di dakwa ada pena ajaib MB, sekarang pun ada pena ajaib tersebut, malah bukan MB sahaja ada pena ajaib tetapi pegawai-pegawai khas MB pun ada jugak, Seluruh pentadbiran sekarang ada pena ajaib. lagi handal dan hebat. Hilang ketelusan dan keadilan, kroni di utamakan.

Kalau dulu ahli majlis dipilih dari kalangan pemimpin politik pemerintah dan NGO kalangan anak tempatan, sekarang tidak lagi. Sesiapa saja boleh jadi ahli majlis, waima dari luar kawasan atau pernah di tahan di pusat tahanan. Asal dapat restu MB, boleh lah jadi ahli majlis, hinggakan ketua bahagian atau timbalan ketua bahagian parti pemerintah pun tidak dapat jadi ahli majlis. Ini memang menghairankan. Akibat dari ini, ahli PKR yang telah lama berjuang dengan setia dan berkorban sekian lama merasa muak, terpinggir dan tidak di hargai. Mereka memberontak dan menunjuk perasaan dan mengeluarkan kenyataan akhbar.

Adalah di beritakan, PKR Selangor kini telah parah, MB Tan Sri Khalid tidak lagi mendapat kepercayaan dari sebahagian besar ketua bahagian PKR Selangor, malah dari ahli akar umbi. Mereka sudah penat dan letih berjuang tapi tidak di hargai oleh MB. MB lebih mengikut telunjuk DAP dan rakan-rakannya dari Guthrie. Mereka ini lebih berharga dan lebih berkelayakan dari ahli akar umbi PKR. Maklumlah, ahli akar umbi ini bukan professional, bukan ahli politik besar.

PKR Bahagian Kuala Selangor marah, Ampang bantah, Klang bantah, itu yg kita nampak dan di laporkan dalam akhbar, yang membantah dalam senyap, banyak lagi. Semuanya marah pada MB Selangor. Khabarnya 20 bahagian dah hilang kepercayaan pada Tan Sri Khalid. Tu belum lagi kes ahli majlis yang di persoalkan, pernah di tahan di pusat tahanan. Belum campur lagi dakwaan ada kronisma dan lebihkan pada DAP dalam pengagigah kerusi ahli majlis ini. Semuanya menimbulkan kemarahan akar umbi pada Tan Sri Khalid. Kemarahan yang makin memuncak.

Nampaknya MB Selangor ini kini tengah duduk atas bara di kerusi panas MB Selangor, menanti badai melanda. Rasanya tidak lama lagi, satu tsunami politik akan melanda, tetapi yang terkena kesannya adalah PKR Selangor, Tan Sri Khalid dan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor. Satu Tsunami yang akan yang bakal mengalih sempadan dan tanda tsunami pertama dulu. Oleh itu, tunggulah Tsunami kedua ini yang bakal melanda tidak lama lagi.


Inilah Tsunami politik kedua.



Sunday, July 6, 2008

konsert HALAL?



Assalammualikum,

Bergegar negeri Selangor bila di sebutkan yang satu konsert akan di adakan di stadium Shah Alam yang menjadi kebanggaan Negeri Selangor. Stadium yang selalu menjadi tumpuan bila ada perlawanan bola dan kegiatan sukan biasanya di serbu dan di isi oleh orang ramai untuik menonton dan menyaksikan sukan atau persembahan.

Kenapa bergegar?

Fenomena ini terjadi kerana dalam kesibukan kerajaan PR menghitung sisa kantung untuk menunaikan janji air percuma bagi rakyat Selangor, mereka terlupa bahawa satu konsert yang di jayakan oleh Ratu Rock, Ella dan Ratu Dangdut, Mas Idayu akan di adakan di stadium yang menjadi kebanggaan itu, di mana stadium tersebut dalam kekuasaan mereka, kerajaan PR yang di dokong oleh PKR, PAS dan DAP. Dan yang paling mengejutkan, konsert itu adalah anjuran kerajaan PR yang baru berumur 110 hari itu.

Pada kebiasaannya sebelum ini, bila ada saja konsert, khususnya ajuran BN atau mana-mana badan yang tidak berkaitan dengan mereka, lantas mereka mengecam dan menyifatkan ianya satu cara yahudi untuk menyesatkan muda mudi Islam di negara ini.

Selain dari itu, mereka akan memaki hamun kerajaan BN sebagai tidak Islamik, menganjurkan konsert yang mana ada percampuran lelaki dan perempuan, tidak mengira waktu siang atau malam dan berbagai-bagai lagi makian dan hamunan dari PAS dan PKR.

Saya agak terkejut kerana sepatutnya bila kerajaan PR yang memerintah, segala konsert yang dianggap melalaikan, menyumbangkan kepada kerosakan modal insan, merugikan ini akan di buang jauh, di tanamkan dalam-dalam, jangan adakan konsert seperti itu. tetapi yang lebih mengejutkan, kerajaan PR ini lah yang dulu melaung-laungkan berbagai makian dan hamunan menentang perkara ini, telah menganjurkan konsert yang serupa juga.

Pemuda PAS juga dengarnya dengan hangat hangat tahi ayam akan membuat bantahan dengan berdemontrasi, hilang telor dan kecut bila berhadapan dengan situasi ini. Mana hilangnya taring, tiada cacian dan makian kepada penganjur konsert yang di sifatkan sebagai melalaikan itu??????

Apakah bila sudah memerintah, segala yang dahulu di tentang menjadi halal pula?

Apakah bila konsert itu di anjurkan oleh kerajaan PR di bolehkan kerana di anjurkan oleh pakatan parti ISLAM kononnya?

Kemana hilangnya para pejuang dan pendekar yang menentang kemungkaran dan perbuatan melalaikan?

Akhirnya, satu kesimpulan yang saya dapat --- Bila sesuatu perkara di buat oleh BN, ianya adalah salah dan berdosa, tetapi bila di lakukan oleh kerajaan PR yang mereka dokong, ianya halal dan di bolehkan kerana hanya mereka yang maksum. maklumlah, Parti ISLAM.

Saya teringat satu bait puisi Pak Lah yang selalu mereka permainkan,

Pak lah dalam puisi itu menyatakan

" aku mencari di mana Al- Ghazali, Aku cari di mana As- Shafie,

hari ini saya tambah "

" di mana dia HASSAN ALI"

"kemana pergi perjuangan parti"

JAWABNYA,,,,,,,,,,,,,,,,Semua itu kami gadaikan kerana kerusi


sekian

Che Mat