Monday, July 14, 2008

Menanti buah gugur

MENANTI BUAH GUGUR

Selepas lebih 100 hari memerintah, kerajaan PR di Selangor masih lagi belum terlepas dari ‘culture shock’. Masalah-masalah dalaman makin menghimpit, manakala masalah luaran, berkaitan pemerintahan, kebajikan rakyat dan ketelusan yang menjadi agenda utama mereka makin terhakis.
Masalah dalaman seperti hilang kepercayaan akar umbi PKR kepada MB Selangor seperti yang kita lihat makin serius. Bermula dari penggantungan setiausaha Perhubungan PKR negeri, yang membawa kepada perletakan jawatannya, adegan cabar mencabar untuk meletak jawatan, sehinggalah yang terkini melarat kepada ketidak seimbangan tentang pengagihan kerusi ahli majlis. Semuanya menimbulkan tanda tanya dan ketidak puasan hati samada akar umbi PKR atau pun parti komponen dalam PR sendiri.
Dari sehari ke sehari, PR Selangor makin rapuh oleh agenda parti politik yang menjadi komponen dalam PR. DAP dengan politik menjaga satu kaum, PAS terus terpinggir dengan laungan membangun bersama Islam yang makin hari makin lesu dan tidak bermaya, manakala PKR pula sibuk mengaut keuntungan dari kemenangan PR samada dari aspek pertambahan ahli atau kerusi ahli majlis.
Mentaliti mereka juga tidak berubah, masih belum sedar mereka adalah pihak yang memerintah Selangor. Mereka masih ghairah berceramah di serata tempat, menggunakan kemudahan yang baru mereka kecapi seperti dewan-dewan dan stadium. Ceramah dan forum perdana tumbuh dan di adakan semakin kerap. Melalui ceramah ini, mereka masih memperkatakan kelemahan BN, Mereka masih di takuk lama, sedangkan DAP sudah jauh kehadapan dalam memperjuangkan hak kaum tertentu. Tiada agenda konkrit untuk kaum Melayu dan Agama Islam. Tiada rancangan tersusun bagi belia Melayu dan Islam untuk bangun dan meraih segenap peluang yang ada. Tiada agenda perdana untuk petani dan nelayan, tiada dana dan kemudahan khusus untuk belia dan siswazah dan tiada premis khusus tanpa sewa untuk para peniaga melayu.
Semua faktor di atas, membuatkan rakyat yang memilih mereka mula mempersoalkan credibility kerajaan PR kini. Kemana arah tuju dan haluan Mereka. Kemana rakyat hendak di bawa? Rakyat mula bertanya, Bila lagi janji-janji manifesto pilihanraya akan di tunaikan. Rakyat sudah lama memanti, Ibu tunggal dan suri rumah telah lama menunggu elaun sara hidup bulanan untuk mereka. Ibu bapa yang ada anak di Tadika dan nurseri masih mengharap elaun bulanan untuk anak-anak mereka di masukkan kedalam akaun anak-anak mereka. Belia yang nak berkahwin, masih menanti, bilakah kerajaan PR akan memberikan sebahagian duit hantaran untuk mereka melangsungkan perkahwinan? Janganlah sehingga mereka mendapat 2 atau 3 anak, bantuan hantaran masih tidak di perolehi.
Mereka memangkah PR kerana janji PR dalam manifesto pilihanraya mereka, Mereka berkorban masa depan untuk member peluang kepada PR kali ini. Oleh itu adalah tidak salah bagi mereka menagih apa yang telah di janjikan kepada mereka setelah PR menang dan dapat membentuk kerajaan. Itu hak mereka sebagai rakyat. Apakah mereka sedang menanti buah yang tidak akan gugur???????

No comments: