Wednesday, May 20, 2009

RASUAH POLITIK DALAM PAS

Bila di sebut pertandingan, maka akan terjadi perebutan jawatan dan calon akan berkempen untuk menang.

Maka ini tidak terkecuali dalam PAS sejak kebelakangan ini. Ini kerana beberapa golongan yang melihat jawatan dalam parti akan membolehkan mereka menjadi calon dalam pilihanraya, tambahan pula senario politik hari ini memberi kelebihan bagi calon PAS untuk menang.

Ketamakan dan nafsu besar untuk menjadi YB ini menjadikan sebahagian anggota PAS hilang arah dan sanggup memberi jamuan makan dan hadiah baju kepada perwakilan sebagai kempen untuk jawatan. Ini baru permulaan dan masa akan datang, wang ringgit pula akan jadi taruhan.

Saya tidak hairan ini terjadi kerana dulu PAS tiada kuasa dan sukar untuk menang dalam pilihanraya berbanding hari ini. Juga PAS hari ini telah di resapi oleh pengaruh 'Erdogan' yang mengutamakan kuasa dan sanggup menggadai perjuangan, malah sanggup berbuat apa saja termasuk menggadai agama untuk menuju Putrajaya.

Saya rasa saya tidak bersendirian dalam hal ini. Ramai rakan-rakan saya juga berpendapat sedemikian. Ia menular dan memakan PAS dari dalam dan akan menjadikan PAS seperti UMNO masa akan datang, di mana perebutan kuasa dan jawatan akan menjadi agenda utama. Pada masa itu, rakyat akan lebih membenci PAS.......

No comments:

Post a Comment