Wednesday, September 17, 2008

analisa 16 sept

" Hampir kesemua yang melayari laman TKO ini pasti mencela barangsiapa yang cuba menongkah arus 16 september yang sudah berlalu . Bagi mereka tidak perlu menggunakan akal fikiran bahkan cukup dengan mengangguk setuju dan mengiyakan walaupun di dalam benak hati masih terdapat sekelumit keraguan apakah ianya akan berlaku ? Bahkan lebih teruk dari itu sekiranya ada sesiapa yang cuba mengatakan 16 september itu mungkin tidak berlaku maka bertubi-tubilah tohmahan dilontarkan sama ada pencacai UMNO / talibarut dsbnya . Tiba-tiba semua mematikan kewajaran dan akal yang dikurniakan Allah untuk berfikir dan berkata . Bagi semua Anwar adalah penyelamat buat rakyat malaysia .. tanpa Anwar maka tiadalah lagi harapan dan kesejahteraan . Sekali lagi misi perjuangan diarahkan kepada individu .
Saya selama ini menahan diri untuk menulis ttg 16 september sehinggalah ianya berlalu menjadi 17 / 18 atau seterusnya . Nah dan sekarang ianya telah berlalu . Kalau dahulu ianya dikatakan memang , sahih , betul akan berlaku dan cuti pun sudah diumumkan namun bila tiba di garisan ianya mungkin 30 sept mungkin dan mungkin tapi pastinya dalam masa terdekat . Semoga ianya berlaku ..
30 MP
Berikut ialah rentetan 30 MP yang sejak dari mula dicangankan sudah setuju bersama PR .
Aug 29, 08
Anwar, kini ahli parlimen baru Permatang Pauh, menyatakan kemenangannya Selasa lepas akan mempercepatkan lagi usahanya mendapatkan lebih 30 wakil-wakil rakyat BN dalam perjalanannya menuju Putrajaya.
Sep 3, 08
"Tiba 16 September ini, kita akan tunjukkan siapakah yang sebenarnya bermimpi atau bercakap besar."
Dengan penuh yakin, Ketua PKR Sarawak, Dominique Ng memberitahu sidang akhbar di Kuching bahawa Pakatan Rakyat kini menjangka lebih 40 ahli parlimen akan melompat dari Barisan Nasional (BN).
Sep 6,08
“Saya tetap pada target saya, 16 September menjadi waktu untuk mengistirahatkan Badawi. Untuk itu, saya rileks sebentar sehari lompat ke Jakarta, berdiskusi dan bertemu dengan sahabat-sahabat saya di Indonesia,” kata Anwar mengawali pidatonya dalam silaturahmi dengan ICMI di Menara Bank Mega, Jakarta,

Sep 10, 08
Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau mungkin terpaksa melanjutkan tarikh 16 September untuk ahli parlimen Barisan Nasional (BN) menyertai Pakatan Rakyat.
"Kita pasti mempunyai jumlah (ahli parlimen) yang mencukupi, tetapi kita perlu menunggu kerana mereka kini berada di Taiwan," kata Anwar dalam laporan akhbar the Star.
Sep 12, 08 2:57pm
Kumpulan lima orang pemimpin PKR berlepas ke Taiwan jam 2 petang tadi dalam misi untuk menemui ahli-ahli Parlimen BN yang sebelum ini dikatakan bersetuju untuk menyertai Pakatan Rakyat bagi membolehkan kerajaan baru ditubuhkan.
Sep 16, 08
Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan lebih daripada 31 ahli parlimen Barisan Nasional telah menyertai Pakatan Rakyat dan menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi supaya tidak menguatkuasakan undang-undang darurat untuk menghalang peralihan kuasa.
Apa yang paling menarik adalah peristiwa kejar-mengejar 49 dikejar 5 . Yang 5 mengatakan dah cukup MP tapi masih mengejar . Yang dikejar mengatakan tak mahu tapi masih berlari . Alahai ahli parlimen . Teruk lagi adalah pegikut – pengikut . Ulasan MSO terhadap isu ini amat mencuit hati :
Sikap tidak berapa cerdik dan segar itu bukan saja terbatas kepada ahli Parlimen BN saja, tetapi ia turut berjangkit kepada ahli Parlimen pembangkang PKR bila mana lima orang daripada mereka turut sama terbang ke Taipei. Kononnya mereka pergi untuk mengejar ahli Parlimen BN yang dibawa lari itu.
Apakah perlunya melakukan kerja kejar mengejar itu? Kalaulah sungguh ada di kalangan 49 orang ahli Palimen BN itu yang ingin bersama Pakatan Rakyat tidak payah dikejar-kejar. Lagak ahli ahli Parlimen PKR itu tak ubah macam itik nila nak sanggama terpaksa kejar hingga terkoyak bulu baru dapat 'bergomol'.
Kalaulah demikian attitude ahli Parlimen kita macam manalah mereka boleh menyumbangkan pemikiran, akhlak dan budi pekerti baik kepada bangsa dan negara. Sepatutnya kejadian kebudak-budakan atau perangai itik nila itu tidak perlu berlaku. Dan kalau kedua pihak nak buat gimik dan reka cerita pun biarlah yang tersaul dek akal jangan sampai menyerlahkan kebodohan dan kepandiran kita. MSO
SECARA AMAN
"Kami mahu peralihan kuasa secara aman. Kami berharap Barisan tidak menguatkuasa undang-undang darurat untuk menyekat ahli-ahli parlimen pergi ke Dewan Rakyat atau menahan ahli-ahli parlimen (kerajaan) atau menghalang mereka daripada menyertai Pakatan Rakyat," katanya.
Ingin melakukan peralihan secara aman . Kalau secara aman mengapa dahulu Anwar begitu heboh mewarwarkan 16 september dan 30 MP ? .. Seolah-olah memaklumkan kepada musuh kemudian mengharapkan ianya diperolehi secara aman dan damai . Apakah yang ditunngu lagi oleh Anwar sekiranya bilangan MP sudah mengcukupi . Tidak bolehkah mereka ini bersama-sama di dalam sidang parlimen nanti menyokong usul undi tidak percaya atau menzahirkan sifat mulia terpuji yang selama ini terbenam di benak sanubari mereka . Ketika itu rakyat semua dapat menyaksikannya . Mengapa perlu berkokok bak ayam betina walhasil apa-apa yang dicangankan tidak menjelma . Mengapa tidak boleh berdiam diri . Atau ini sebenarnya cubaan Anwar sendiri untuk mengundang kacau bilau dimana ketika itu sudah tentu rakyat akan bangkit laksana rakyat indonesia yang berkubu di ibu negara sehingga berjaya meruntuhkan kekebalan Suharto yang tidak mampu ditundukkan oleh ahli parlimen .
"Jika perdana menteri menolak sekarang, kita akan memberi sedikit ruang kerana beliau ada masalah parti, kita beri ruang untuk kepentingan nasional," katanya.
Apa lagi ruang yang hendak diberikan . Kalau musuh sudah tak berdaya .. apa lagi ruang yang hendak diberikan oleh Anwar kepada Abdullah . Adakah ruang untuk menggunakan ISA ke atas dirinya yang mana kemudiannya akan membangkitkan kemarahan rakyat ?
KELIRU
Ketika ditanya mengapa enggan memberikan nama-nama ahli parlimen BN yang menteri Pakatan, Anwar berkata, jika nama tersebut diberikan, mereka akan ditahan serta merta.
Beliau berkata, nama-nama ahli parlimen BN yang menyertai Pakatan akan diberikan dalam pertemuan dengan perdana menteri.
Anwar takut MP yang disenaraikan olehnya akan ditangkap serta merta selepas diumumkan olehnya tapi dalam masa yang sama anwar hendak memberikan nama-nama MP tadi kepada Abdullah dalam pertemuannya dengan Abdullah . Taknak umum tapi serahkan kepada ketua seteru ... ?? dimanakah logiknya
Yang lebih menghairankan . akan ada pengikut setia yang menidakkan dengan hanya ungkapan .. UMNO .. ha ha ha . Setakat itu saja akal pemikiran masa ini . Adakah elok kalau mereka dapat terangkan mengapa perlu seperti di atas .
Katakan cukup tapi masih terkejar-kejar ..
Katakan nak umum tapi masih sembunyi-sembunyi ...
Katakan nak tamatkan riwayat UMNO tapi masih nak bagi peluang ...
Katakan nak berubah tapi masih takut dilambung ombak ...
Katakan nak cuti tapi akhirnya tak ada pula cutinya ..

Dr laman Tranungkite

Rasanya kita dah nampak helah dan pembohongan Anwar, cuma yg jumud dan tidak menggunakan akal fikiran kurniaan tuhan jer yg mengakuinya. Oleh itu, pakai akal, guna fikiran, timbang dengan hati, adili dengan budi, terserlahlah kebenaran.
Kena rasional, kena muhasabah, mana satu yg berjuang untuk rakyat, mana satu untuk kepentingan dan cita-cita peribadi.

Sekian, wassalam

No comments:

Post a Comment