Sunday, July 6, 2008

konsert HALAL?



Assalammualikum,

Bergegar negeri Selangor bila di sebutkan yang satu konsert akan di adakan di stadium Shah Alam yang menjadi kebanggaan Negeri Selangor. Stadium yang selalu menjadi tumpuan bila ada perlawanan bola dan kegiatan sukan biasanya di serbu dan di isi oleh orang ramai untuik menonton dan menyaksikan sukan atau persembahan.

Kenapa bergegar?

Fenomena ini terjadi kerana dalam kesibukan kerajaan PR menghitung sisa kantung untuk menunaikan janji air percuma bagi rakyat Selangor, mereka terlupa bahawa satu konsert yang di jayakan oleh Ratu Rock, Ella dan Ratu Dangdut, Mas Idayu akan di adakan di stadium yang menjadi kebanggaan itu, di mana stadium tersebut dalam kekuasaan mereka, kerajaan PR yang di dokong oleh PKR, PAS dan DAP. Dan yang paling mengejutkan, konsert itu adalah anjuran kerajaan PR yang baru berumur 110 hari itu.

Pada kebiasaannya sebelum ini, bila ada saja konsert, khususnya ajuran BN atau mana-mana badan yang tidak berkaitan dengan mereka, lantas mereka mengecam dan menyifatkan ianya satu cara yahudi untuk menyesatkan muda mudi Islam di negara ini.

Selain dari itu, mereka akan memaki hamun kerajaan BN sebagai tidak Islamik, menganjurkan konsert yang mana ada percampuran lelaki dan perempuan, tidak mengira waktu siang atau malam dan berbagai-bagai lagi makian dan hamunan dari PAS dan PKR.

Saya agak terkejut kerana sepatutnya bila kerajaan PR yang memerintah, segala konsert yang dianggap melalaikan, menyumbangkan kepada kerosakan modal insan, merugikan ini akan di buang jauh, di tanamkan dalam-dalam, jangan adakan konsert seperti itu. tetapi yang lebih mengejutkan, kerajaan PR ini lah yang dulu melaung-laungkan berbagai makian dan hamunan menentang perkara ini, telah menganjurkan konsert yang serupa juga.

Pemuda PAS juga dengarnya dengan hangat hangat tahi ayam akan membuat bantahan dengan berdemontrasi, hilang telor dan kecut bila berhadapan dengan situasi ini. Mana hilangnya taring, tiada cacian dan makian kepada penganjur konsert yang di sifatkan sebagai melalaikan itu??????

Apakah bila sudah memerintah, segala yang dahulu di tentang menjadi halal pula?

Apakah bila konsert itu di anjurkan oleh kerajaan PR di bolehkan kerana di anjurkan oleh pakatan parti ISLAM kononnya?

Kemana hilangnya para pejuang dan pendekar yang menentang kemungkaran dan perbuatan melalaikan?

Akhirnya, satu kesimpulan yang saya dapat --- Bila sesuatu perkara di buat oleh BN, ianya adalah salah dan berdosa, tetapi bila di lakukan oleh kerajaan PR yang mereka dokong, ianya halal dan di bolehkan kerana hanya mereka yang maksum. maklumlah, Parti ISLAM.

Saya teringat satu bait puisi Pak Lah yang selalu mereka permainkan,

Pak lah dalam puisi itu menyatakan

" aku mencari di mana Al- Ghazali, Aku cari di mana As- Shafie,

hari ini saya tambah "

" di mana dia HASSAN ALI"

"kemana pergi perjuangan parti"

JAWABNYA,,,,,,,,,,,,,,,,Semua itu kami gadaikan kerana kerusi


sekian

Che Mat

1 comment:

  1. Setuju sungguh.Dan saya anggap barisan alternatif ini hanya pandai menuding jari dan mencari kesalahan BN sahaja selama ni.

    ReplyDelete